Kekok. Lama benar tidak 'ke sini'.
Separuh daripada tahun 2010, buat aku leka. Khayal, on cloud 9 kata orang 'futih'.
Terlalu banyak perkara yang jadi, buat aku hampir lupa (sudah lupa pun sebenarnya) yang aku ada blog di sini, jalalainkesana, Pesimis etc whatever you call it.
Aku tutup tahun 2010 aku dengan terlalu banyak, ya terlalu banyak kenangan manis. Kadang bila aku pulang ke rumah atau baru bangun daripada tidur, timbul perasaan semacam 'this is too much, too much fun, Dhaus' (monolog). Syukur juga, penutup 3 tahun diploma aku sangat menarik. Siapa kata angka 4 itu angka 'suey'? Angka 'sial'? Agak lah, itu angka yg semua pelajar Universiti kejar-kejar dan harapkan setiap kali keputusan peperiksaan kot, acyoihh.
Kembali. 2011, be good and be nice please. Aku tangguh degree aku, aku ambil semua peluang yang ada sekarang, kumpul duit dan kumpul pengalaman.
Satu lagi harapan (palsu), semoga aku dapat kembali menulis di sini, constantly. Peduli-lah orang baca atau tidak. Sekurang-kurangnya, ada benda yg boleh buat aku 'pecah perut' baca di hari tua aku nanti.
Itu pun kalau blogspot boleh bertahan 30-40 tahun lagi. Juga, itu pun kalau aku masih hidup.
Selamat.