Sabtu, Mac 01, 2008

Blog ke-2, kisah sihingusmasihmeleh ke universiti

Hi dan salam buat semua, nama aku si anu jr bin si anu sr . 19 tahun ini, dan baru berjaya menjejakkan kaki ke universiti hujung disember tahun lalu. Namun, ada insan yang menganggap masuk ke universiti intake disember adalah seorang loser, kurang pandai dan segala macam tanggapan? Betulkah tanggapan mereka?

Bagi aku, tidak sekali-kali. Itu hanya tanggapan orang-orang yang cetek dan dangkal pemikirannya. Mereka mempersoalkan kebodohan org lain, sedangkan mereka tidak pula ingin mempersoalkan kebodohan mereka sendiri. Kenapa tidak terus mengajukan soalan ini kepada tuhan (itu pun kalau kau boleh berdialog dengan tuhan, dan kau akan di pandang crack oleh org ramai) takdir, ketentuan, aku percaya ada hikmah dan sebabnya aku lambat ke universiti (Julai tahun lalu aku seperti hilang arah apabila ramai rakan-rakan sebaya/rapat mendahului aku ke universiti) tahniah buat mereka. Aku terus bekerja sebagai ‘machai’ proses cek di sebuah syarikat mengendalikan bank-bank ternama. Dan, ada masa aku merindui zaman bekerja ku, dimana mewah dengan wang hasil titik peluh sendiri, dan zaman di mana aku tertanya-tanya arah tuju aku selepas itu.

Oh ya, aku membesar dalam keluarga sederhana. Bapa seorang pesara swasta dan Ibu pula melakukan kerja kampung (aku tipu, aku duduk di bandar) ha-ha! Mak seorang suri rumah sepenuh masa yang kadang mengambil upah menjahit dan menjaga anak-anak orang (aku teringat, masa zaman sebelum tamat sekolah, aku beraya dengan baju melayu yang “hand made” mak saban tahun, dan aku bangga menyarungnya ke tubuh ku) aku lebih manja dengan mak (anak lelaki kan, tetapi kadang aku keliru dengan jantina ku) haha! Tapi, aku bukan gay atau homoseksual. Aku yakin dan jangan risau!

Menamatkan zaman sekolah rendah dan separuh menengah di boys school(aku seorang yang pemalu sebenarnya sebelum ini, menggigil bila berhadapan dengan kaum hawa) kelakar dan sengal ubi (maaf DBP, perkataan tidak terkandung dalam kamus) bila diingat zaman lepas. Kemudian, menghabiskan sisa persekolahan di sekolah teknik. Dan, aku tamat sekolah di teknik dalam jurusan mekanikal dengan jaya, sangaaaaaattttt. Aku agak flunked tetapi jgn mempertikaikan result mata pelajaran bahasa-bahasa aku.

Kini, aku di universiti dan berhadapan dengan kisah-kisah hidup yang makin rumit dan penuh dengan krisis. Di sini, terlalu ramai melayu ‘murtad’. Murtad di sini bukan terpesong ke agama lain, tetapi murtad bahasa. aku telah terjumpa beberapa spesis student di sini, di mana mereka telah mengeluarkan kenyataan, “oh, maaflah, lidah I dah macam ketat dan susah rasanya nak berbahasa melayu.”, (baca dlm slanga ke-english-an ok!). Aku bukan apa, aku juga berbahasa English, tetapi ada had dan aku masih sedar yang aku berhidung bulat (buat yang mancung, tidak mengapa) bermata bundar dan berkulit sawo matang, dan aku lahir dalam keluarga melayu (bukan aku racist atau prejudis) tetapi ingin menegur bangsa sendiri yang lapuk dengan mind set mereka.

Buat yang lahir dari keluarga campuran atau istilah muda mudi sekarang, mix blood, lebih tepat bukan? tidak mengapa, anda ditolak tepi dalam soal ini. Buat mereka, hentikan kenyataan ‘mengundang’ anda yang mampu buat aku terbakar. Buat yg tidak terasa, baguslah! Dan buat mereka yang merasa aku adalah seorang pejuang bahasa sesat yang wujud dlm zaman ict (mahathir), zaman pertanian dan bertekak tentang jambatan ke-2(pak lah), aku sama sekali tidak kisah. Sekali lagi di sini, ingin ku highlight, bold, italic-kan, font size dlm 40 berwarna merah, tidak mengapa berbahasa English, memang itu bagus kerana memenuhi dan mengikuti perkembangan dan kehendak globalisasi, selain melatih diri yakin berhadapan pelancong asing (yg kadang, kita sendiri tidak faham bahasa planet mana mereka guna, ini utk ‘pelancong-pelancong’ yg berambut ketak, memakai skinny jeans, bert-shirt bermoto "metal jawa" yang bau ‘perfume’ mereka menenggelamkan perfume cool water by davidoff yang aku guna, yang kerap berpelesaran di klcc pada cuti-cuti hari kebangsaan, umum atau lebih ramai lagi pada malam merdeka atau malam tahun baru) tetapi, mengeluarkan kenyataan sebegini adalah perbuatan yang sama sekali tidak patut dan akan membuatkan kau di pandang sleck oleh aku (mungkin akan di cerca oleh Pak Samad) Aku adalah melayu yang fleksibel, liberal dan terbuka tetapi jangan mempermainkan isu martabat bahasa dengan aku. Sekian.

Tiada ulasan: