Selasa, Mac 18, 2008

Drama dan filem melayu, siapa tonton dia bodoh?

Ayah aku, cukup anti dengan drama melayu, filem-filem melayu. Aku membesar dengan siaran HBO, CINEMAX etc terhidang hampir sepanjang hari(tidak lupa rancangan bercorak pendidikan, Discovery contohnya) Ayah… boleh bawa bergaduh la kalau berebut channel dengan mak (tapi aku tau dia penyayang)

Jalan mudah bagi aku, keluar dari rumah dan ke kedai membeli dadah (maksud aku rokok) sekarang tidak lagi kerana kami punya dua dekoder astro di rumah. Haha! datang dengan 2 tv la! Dan, oleh kerana sebab-sebab di atas, merupakan punca (aku rasa-lah) yang membantu aku memperkayakan bahasa English-ku. Sebab ayah lah! Jangan fikir orang yang duduk di rumah flat kos sederhana, tidak tahu apa itu pendidikan. Bapak aku rilek je. Lulusan perniagaan dari (aku tak pasti U atau Kolej) negara matahari terbit. Haaa! Ape cer? Rezeki hidup je tak menyebelahi dia. (sekarang, kami banyak menghabiskan masa di rumah rehat kami, ulu yam. Yer! Tempat jin bertendang! kata jiran sebelah nun di rumah flat kami! Tapi, rumah itu berharga! bapak aku sudah mampu beli rumah bawah berlaman (umur dia cukup dapat EPF tahun lepas. aku pun tumpang joli.he-he) dan dia kini ada hobi baru, Bercucuk tanam. Mungkin tidak puas hati, di saman DBKL kerana menanam pokok dalam pasu bunga sewaktu di rumah flat. (penguatkuasa babi, walaupun saman tak lebih RM50) tapi, aku masih sayang environment flat aku. Aku membesar di sana. Aku kenal brader meniaga burger sambil menjual “alga hijau menyegarkan” di bawah meja. Aku tengok perut ah peng terburai di rodok sewaktu bulan puasa.(ah peng owner kedai game di flat aku), aku membesar dengan kawan-kawan yang aku yakin, dia orang tak kaya, tapi akan berusaha tolong aku walau sesusah mana pun. (apehal nak nangis ni? Babi. Aku emosional plak pagi-pagi ni) dan paling thrill, aku lihat mayat kepala pecah depan mata aku. biasa lah, flat tinggi-tinggi syok kot kalau terjun tiruk.

So, I learn a few interesting words, new words, how to communicate using fluent Englis etc dari situ(aku tidaklah bagus sangat seperti melayu murtad bahasa) Tapi, satu je yang aku tak kuasai lagi sekarang seperti ayah. Dia boleh tonton cerita mat salih, tanpa subtitle, gelak sorang-sorang, sedih sorang-sorang. Sebab dia faham kan! Aku, masih lagi perlukan subtitle. Tapi, sekarang dah ku ubah haluan.Subtitle in United States English ok! Kool kan.

Kata dia, drama melayu karut. Murah air mata. Memang betul ayah. Tapi, kadang kala.

Tapi, aku hanya pantang dengan cerita-cerita arahan Prof. Razak mohaideen. Fark u! walaupun aku di @#$%!!!%^&* (terpaksa dicensored) pedulik hapa aku nak kutuk kau. Bukan aku tunjuk no matrik kad aku pun di sini! Haha. Pengarah yang memperbodohkan orang melayu dengan filem-filem kelucahan melampaunya.

Maaf, aku masih peminat filem-filem melayu new era. Yasmin Ahmad, Afdlin Shauki, Osman Ali, walaupun kadang kau orang terlalu meniru dan terikut dengan cerita arahan luar, kau orang tetap kool. kami tidak perlu lagi filem-filem air mata, cinta yang memperbodohkan pelakon dan penonton. Tapi, aku masih menerima apek senario (dia dalam senarai dekan this semester. Haha! Tak de kene mengene) kau orang semua dah tonton bukak api? Carik dan tonton la drama penuh isu kepondanan dan “penjualan bontot” itu.

Mengghairahkan! Kata Quentin Tarantino. Percaya? Anda bodoh (maksud aku komen Quentin itu tadi)

Rashid sibir. Cayalah brader! Bini pun ayu bertudung! (tapi, aku masih lagi tidak terbuka hati untuk mencari gf bertudung) bagi aku, golongan bertudung (tidak semua) hipokrit. Bukan kerana tuntutan agama, tetapi terpaksa. Keluar video lucah, kene tangkap kat taman bunga, golongan itu juga. Memalukan!

Maaf nisaa. U tak de kene mengene ok! Senyum sikit.

Balik kepada topik kita tadi, aku minat dengan segala drama arahan brader ni. Aku gelar dia, brader drama realiti. Hebat. Mungkin boleh kita kategorikan, berfikir di luar kotak. Sedarkan orang melayu yang Islam, perlu terus kekal dengan agama anutan mereka. aku tahu aku juga melakukan dosa, tetapi aku tidak mempermainkan dosa aku, dengan keluarkan kenyataan seperti, "tak apa, jatuh dosa bila minum sampai mabuk aje." sapa ajar kau? dah termaktub minum minuman keras itu salah dan berdosa. apa lagi yg kau nk pertikaikan?

Dah tentu-tentu aku Melayu liberal dan terbuka(hampir dengan Melayu Minimalis)

Kau orang kenal siapa dia?

Tidak perlu kenal-lah.

Dia bukan sesiapa pun.

*END

Tiada ulasan: