Isnin, Mac 03, 2008

Kisah sihingusmasihmeleh ke universiti- part 2

Kita bertemu lagi wahai pembaca-pembaca budiman sekalian (maaf, terlalu formal). Sesudah aku mention tentang melayu “murtad bahasa” yang terdapat di universiti ini, hari ini aku ingin menulis tentang ‘kanak-kanak baru bertatih’ yang begitu bangga dengan ‘baju’ yang disarung di badan mereka. Sebelum itu, ingin ku mohon maaf kepada abang-abang tiga barisan/garisan oh wutsoever!

Sebelum memulakan bicara sembang petang ini, aku rasa aku belum lagi memberitahu aku kini berada di universiti mana. Cukup andai kamu semua tahu, yang aku di universiti kerajaan yang bayaran yuran adalah (boleh dikategorikan murah), dengan kelengkapan yang mencukupi dan tidak ingin aku lupa, lengkap dengan peruntukan duit makan sebanyak RM4 sehari. Wahai bangsa ku, sedarlah, betapa perlu anda bersyukur dengan peruntukan wang makanan itu (ini bagi yang merungut, “mana cukup 4 ringgit sehari! Kedekut la kerajaan ni!”) weh bodoh, aku nak tanya, kau pergi mana-mana kolej swasta, kau dapat duit makan hari-hari tak? Sedarlah. Ini adalah antara punca mengapa bangsa kita terus mundur. Terlalu manja, tidak tahu berusaha sendiri, bergantung penuh pada kerajaan, ‘disuap untuk makan’ dan yang sewaktu dengannya. Perlu kau ingat, bangsa lain mengatakan, Universiti ini Tolong Melayu. Tidakkah anda malu? Malu aku beb! Yer. Aku di UiTM. Maaf, lari dari topik asal.

Mari kita sambung tentang “kanak-kanak baru bertatih” yang aku sebut diatas tadi. Mereka ini, adalah antara golongan yang bagi aku sangat mengjengkelkan yang aku jumpa di sini. Begini ceritanya, pada satu malam, aku baru sahaja pulang dari sebuah tempat yang bercahaya terang. Dalam perjalanan pulang, kami (aku dan rakan-rakan yang baru dikenali) singgah di sebuah restoran mamak 24 hours. Dalam keasyikan berborak, tiba-tiba datang satu group mamat-mamat yang kononnya mereka-lah paling sasau ketika itu. Dan, terus duduk sekali bersama kami (la, kenalan kawan baru kami rupanya). 1 minit, 2 minit, 3 minit, masuk minit ke-5, seorang dari mereka (kumpulan sasau) bersuara. “kau orang semua kenal aku tak?” mana-la aku kenal kau bangang. “aku @#!!%^&*, aku-lah budak yang pukul student part 6 hari tuh.” Aku dalam hati, ohh, kau la mamat paling gangster yer kat U kitorang tuh eh.” Maka, harakian kali, datanglah dayang-dayang bersiram di kolam keramat itu. Ha-ha. Iklan kejap beb. Aku tengah blur….ok. Dan dia terus menyambung bicara mengundangnya. “kau orang semua kenal bapak aku tak? Bapak aku KSU (Ketua Setiausaha Negara) datuk aku plak tan sri ape jadah tah” dan menyambung lagi, “ I have a gun license, u wanna see?” lagi, “aku dengan Mizan(pengarah kampus) tuh ngam la. Kau orang ada apa-apa masalah, contact je aku. Aku dan kawan-kawan aku ni kabel besar la wehh.” Tak habis lagi beb, “aku ada 47 followers aku dalam UiTM tuh.” “Aku dalam hati, sapa la budak-budak malang ikut si bodoh ni.” Akhir sekali,(aku simpan kerana part paling menarik) si bodoh mengeluarkan kenyataan yang beliau boleh memecat bapak @#$%%^!(kawan baru aku, bapak seorang captain pilot di MAS, yang telah dumped si bodoh) bila-bila masa dia mahu kerana bapak nya mampu berbuat demikian kerana si bodoh tidak berpuas hati cinta si bodoh ditolak mentah-mentah oleh @#$%%^!(jiwangnya la abang gangster ni) Bodoh kan kenyataan ini? Apa dia ingat negara ini tiada undang-undang ke nak pecat orang tak tau apa-apa sesuka hati. Fikirkan…

Hebatkan mereka di mata kalian semua? Kalian jangan jadi bodoh. Ini-lah golongan yang ingin aku ceritakan panjang lebar di sini. Memang benar yang dia adalah si pemukul student part 6 hari itu. Tetapi, terlalu banyak perkara-perkara yang memusykilkan di sini. Mari aku terangkan. “Bapak” yang si bodoh di atas tadi maksudkan adalah bapak tiri si bodoh itu. Si bodoh itu telah ditahan di dalam lokap selama 6 hari. Kata kabel besar beb! Kabel besar aku rasa polis pun goyang nak cuffed tangan kau. Lagi satu, ‘bapak tiri’ si bodoh tuh, KSU tahun 1980-an. Kalian kenal ke? Aku KSU sekarang pun tak tahu namanya. Dan, si bodoh menyebut tentang kekayaan dan keagungan si bodoh dan konco-konconya. Namun, si bodoh hanya memandu Gen 2. Si bodoh menyatakan, dia ada Mercedes di rumah, tetapi tidak memandu ke sini (Universiti) kerana risau kereta mewah itu makan minyak. Kalau kaya, duit minyak bukan lagi persoalan kan? Si bodoh juga bercerita bangga, rumah sewa mereka akan mempunyai PS2 minggu depan. Padahal, orang dah sibuk dengan PS3 kot. Si bodoh juga bercerita besar tentang kegangsteran beliau dan konco-konconya. Namun, apabila aku check dengan kawan-kawan ku di KL, tiada seorang pun mengenali mereka. Lagi satu, si bodoh hanya membayar minuman beliau sahaja pada malam itu. Kata kaya, apa kata payung la satu table kan. Pahala tuh!

Maka, kesimpulannya, mereka ini lah golongan boleh di katakan pelik yang aku jumpa di sini. Terlalu bangga dengan kekayaan, ke-‘baju’-an, dan kebodohan yang mereka miliki. Bagi yang tidak faham apa yang aku ceritakan di sini. ‘baju’ itu ialah istilah muda-mudi sekarang yang bangga dengan perjuangan mereka (perjuangan apa pun aku tak tau). Bagi si bodoh pula(aku dah malas melayan) dia telah culture shock dengan kekayaan yang baru dikecapinya. Aku dengar cerita, bapak kandung si bodoh, yes kawan-kawan! biological father, adalah seorang penganggur berjaya. Dan, si bodoh sebelum ini, hanya duduk di kawasan setinggan dan rumah dia boleh la dikatakan paling besar di situ(sebelum mak si bodoh berkahwin dengan “bapak tiri bekas KSU’ si bodoh) part yang paling menarik bagi aku, “bapak tiri bekas KSU’ si bodoh pernah mengeluarkan kenyataan, yang beliau tidak berkahwin dua dan hanya setia pada yang satu(maknanya, bekas KSU tuh, kahwin sorok-sorok dari bini pertama la kan?) bodoh, bodoh dan terus la kau memperbodohkan diri wahai budak yang memang di lahirkan bodoh. Sekian. Kita berjumpa lagi di utusan yang akan datang (aku dah mengantuk dan aku perlu menonton porn sebelum tidur) haha! Salam dan bye semua.

2 ulasan:

si adlynn :) berkata...

woah.
i think i know the dumbo u mentioned.
WPG tu ek?
adek die part2, blond, fair? :p
haihhh.
bdk bdk zaman sekarang :p

Lari Keluar berkata...

dah nama pun mabuk