Rabu, Mac 05, 2008

Semen kuning kering di boxer remaja lelaki (lucah!)

Aku membesar dengan buku-buku bacaan ilmiah (ya! Aku tak tipu!) dalam bahasa melayu. Seingat aku, buku paling tinggi level bahasanya yang aku baca (sampai sekarang tak abis lagi) adalah Hikayat Hidup Hang Tuah. Aku pegang masa aku umur… tak ingat. Seingat aku, masih lagi berseluar biru pekat ke sekolah waktu itu. Memang mahal bahasanya, tinggi nilai estetikanya, klasik bahasanya. Tapi, aku tak juga faham-faham. Kamu semua bayangkan, cetakan dalam tahun sebelum merdeka, setiap muka surat dah kuning seperti semen kering di boxer remaja lelaki, dan mungkin sudah di makan anai-anai. Aku harap ayah masih simpan. Dan, untuk membuktikan ianya sudah berusia mungkin sama dengan ayah aku, arwah moyang aku (tidak pasti lelaki atau perempuan) dapat buku itu sebagai hadiah menang tilawah al-quran. Tapi, cucu cicit nya ini? (aku lah tuh), alhamdulillah khatam lebih 3 kali, tetapi tidak amalkan, dosa tak usah kira(mari tukar topik)

Aku nak cari balik Hikayat Hidup Hang Tuah.

Masuk fasa kedua kehidupan(remaja) ye ke?

Akak aku pula bawa balik buku-buku hasil karya Faisal Tehrani.

Sesiapa ada saudara mara dia terbaca blog aku ni. kenalkan aku dengan dia boleh tak?

I really want to meet him.

Kau hebat Faisal, kau manipulate everything around you.

Aku jadikan kau idola semasa interview untuk aku ke universiti (course ape yg berinterview selainn mass com dan art and design?)

Fikirkan… dan sesiapa, hari jadi aku 12 mei akan datang. Aku nak novel salina 1st edition hasil A. Samad Said boleh? Babi. Aku malu. Pejuang bahasa sesat yang belum lagi membaca salina. Dan, kalau boleh, aku nak buku cetakan baru yang kumpul semua puisi-puisi Pak samad. Ann, plss?

Hehe.

(aku juga kadang baca novel dari alaf 21, penuh keasyikan! Haha!)

Bagi jejaka terdesak, hendak mengurat awek bertudung (tak semua) bacalah novel dari company ni!

sekian, untuk pagi yang gelap(lagu bodoh) ini.

3 ulasan:

si adlynn :) berkata...

giler lah!
i bagi novel shakespeare bley? :p

min berkata...

dah dapat ke novel salina? saya ada satu.

saya berkata...

dah dapat novel salina tu?