Selasa, April 22, 2008

Sampah..You know?

Sekarang……

Aku rasa seperti aku sampah yang jauh hanyut di muara sungai Klang. Aku kekontangan idea. Dan aku tidak berminat sangat untuk menceritakan segala apa yang berlaku pada aku saban hari. Kerana aku bukanlah Khir Toyo, yang jadual tentu padat dengan segala aktiviti menarik setiap hari. Sabar ok Pak Khir? Kalah menang adat bertanding. Hoho

Berbalik kepada topik asal, ya. Aku sudah tidak punya apa-apa yang ingin aku tulis. Walhal, terlalu banyak tajuk-tajuk yang agak menarik, tapi tidak mampu aku kembangkan. U know? Susah tau mahu jadi writer ni! Shit. Aku sibuk menelaah pelajaran dan semua oldest post si Melayu Minimalis, dan aku rasa aku sudah tahu identiti MM yang sebenar.(Biarlah Rahsia-Siti Nurhaliza)

Maaf, jauh melayang again. So, sudah lama aku tidak post anything di sini.
Antara tajuk-tajuk yang ingin aku tulis, tapi tidak punya supporting details utk menyokong hujah aku.

“Mengapa Child Prodigy Malaysia hampir semua menjadi sampah?”

“Aku pernah bergelar Lelaki Ampang” ini inspired on karya MM.

“Cadangan buat Adi Putra” kenal tak? Kalau kamu semua tak kenal, sila tekan butang pangkah di sebelah kanan atas. Aku tidak suka orang yang tidak tahu perkembangan. Susah mau ber'confront' dengan kamu. Tahu?

Dan segala macam tajuk yang lain, yang masih berlegar-legar dalam ruang fikiran aku.
Jadi, tunggulah sehingga aku punya masa yang banyak untuk berfikir. Ok?

Chow sin readers!

Tiada ulasan: