Sabtu, Mei 31, 2008

"Bro, sampai bila kau nak simpan? Tamatkan je-lah zaman teruna kau tuh. Aku berani kerat jari, you'll get a non-virgin women as your future wife"

"Ha'ah-kan. Betul juga cakap kau tuh"

Dan malam itu, aku hampir terpengaruh dengan 'syaitan yang direjam' datang dari kalangan kawan-kawan sendiri.

"Sucasa jom bro! Rm180, siap mandi sekali; 45 minit dengan 'dia'. Apa kau nak? Petik saja. Melayu, Indon, Phillipines, Rusia? Tapi, yang Rusia tuh sambil baca komik je dia 'layan' kau. Haha"

Finally, tiada apa yang berlaku pun malam itu. Aku dengan selambanya menolak pelawaan mereka dengan baik sekali. Tak rugi apa-apa pun aku rasa.
Entahlah. Tiba-tiba tergerak untuk bercerita tentang ini.
Soal, relevan atau tidak; isu masih dara/teruna atau tidak bakal suami/isteri kita nanti?
Tak-kan aku nak bentang kain putih di atas katil sewaktu malam pertama selepas pernikahan aku nanti? Semata-mata untuk buktikan yang isteri aku itu masih dara? Kerja gila. Kalau semua lelaki di Malaysia buat begitu, aku rasa setiap hari Isnin wajib berlaku penceraian(kerana selalu orang kahwin pada hujung minggu, tak begitu?)

"Gila loser kau. Never make love with anyone? Fuck you dude. I can't believe that you still a fuckin virgin!"

"Fuck you back" kata aku.

Sebenarnya, ini-lah hadiah harijadi dari diri sendiri untuk diri sendiri. Masih teruna di umur 19. Bangga betul aku. Orang kata, kalau kita masih dara/teruna tak perlu cakap, itu maknanya sudah tiada, tapi mahu cover. Tapi, aku mahu cakap juga. Suka hati aku-lah. Hak aku, ini blog aku, suka aku mahu tulis apa di sini. Nak percaya atau tidak, pergi jahanam

Aku hidup dalam suasana di mana-mana kawan-kawan aku(lelaki o.k, lelaki) sibuk bercerita tentang hebatnya mereka di ranjang bersama teman wanita masing-masing, aksi 'aku tunggang dia, dia tunggang aku' dan pelbagai perkara lain yang kadang membuat aku sakit hati.

Perempuan, jangan terlalu mudah memberi. Sebenarnya, kami berkongsi segala-galanya. Kenapa ya aku cakap begitu?
Ya lah. Kamu percaya betul teman lelaki kamu. ya? Kononnya perkara itu rahsia antara kamu
berdua saja. Dan tanpa kamu sedari, sebenarnya aib kamu itu bakal dikongsi bersama beberapa pasang telinga lain. Tipu-lah kalau aku cakap teman lelaki kamu tidak akan berkongsi dengan kawan-kawan dia yang lain, tentang bagaimana kamu di ranjang, apa posisi kegemaran kamu, di mana kamu make love dan perkara-perkara lain. Gila kesian kamu ya, sudahlah 'ditebuk tupai' kemudian cerita kamu dijaja begitu sekali. Kami yang lelaki ini tidak tahu malu. Biasa-lah kata mereka...

"ahh, bukan confirm kahwin pun. Nasib-lah laki dia esok, aku dah 'rasmikan' dulu. Ahahaha"

Kejam kan?

Aku percaya pada karma. Apa yang aku buat, akan datang pada aku kembali. Sebab itu aku masih kekal dengan prinsip aku. Never say never. Ya, aku tidak pernah bersenggama dengan kaum hawa. Penat aku pertahankan prinsip aku ini dan banyak kali juga hampir goyah. Walau kadang aku dimomokkan dengan dialog seperti tajuk di atas, nasib tidak berkesan. Tapi, tipu juga kalau aku cakap aku tidak kisah.

Tak dapat dibayangkan jika berlaku. Shit, susah juga bila terlalu jauh ke hadapan. Lupakan.

Lagipun, kata mereka jika masih dara/teruna, kita ini kolot, tak cool, loser, tiada siapa mahu dengan kita. Bodoh betul mereka itu.

Let say, itu semua hak masing-masing. Pandai 'makan', pandai simpanlah kan. hak individu. Terpulang pada mereka-lah kan?

Mak aku pernah suruh aku fikir, Mengapa pasangan bangsa lain boleh duduk serumah, tapi tidak sampai si perempuan bunting? Tapi, bila sampai pasangan melayu yang serumah tanpa nikah, boleh sampai bunting. Pelik juga. Sekali lagi aku 'memelayukan' setiap isu yang aku tulis. Haha. Tapi, aku rasa mungkin mereka tidak pakai protection, atau tidak pandai bajet masa?(cerita lain)

Kesimpulannya mudah; bagi mereka yang membaca post ini, namun sayang seribu kali sayang, kamu yang sudah tidak dara/teruna. Mungkin kamu merasa rugi/serba salah/berdosa(hipokrit betul aku) kan? Kesiannya kamu. Isk...isk. Three words ikhlas dari aku. Padan muka kamu(One thumb up sambil menjelir lidah)

9 ulasan:

si adlynn :) berkata...

bf lendu!
haha
i actually like this post! :)
to gurls out there,
dont be dumb to be cool
get a life
eek

Eleena berkata...

ahah. i love this post ;)
u're one of a kind, in a good way that is. susah nak cari guys yg ade prinsip mcm u ;)

SAUDAGAR berkata...

huhu.ak 'salute' kat ko la dhaous.Post-post ko semuanya berisi.Bila baca,rasa ingin lagi tu semakin membuak.haih.Bahasa melayu mu ak respek sama sekali.nice la wei,blog ko.

starrocker berkata...

its not cool to get laid and all.
i know.
i've been there.

la voice berkata...

yaaa..sht bagus..hurmm,membuat kan daku terfikir sejenak

fwzynn;) berkata...

sukaaaa blog kau :)

a n n berkata...

OMG! u said "fuck you back"!! ;DDDDD

i like!

haha. you know what i mean. :P

aisy marissa berkata...

hye...
for me menda dalam kain tak perlu nak cite kat org..simpan sendiri2..ada dara atau tidak, tak penting..yg penting dia suci..cthnya mcm budak yg kena rogol, for sure la takde dara but for me dia still suci..because bukan kerelaan hati..if dia wat sendiri, memang dia sengal..

Tanpa Nama berkata...

jaga dara tapi tak sembahyang tak guna dol!