Isnin, Mei 12, 2008

Ini tawaran aku

hey.
Aku kembali, sudah tamat semester pertama yang penuh onak duri. eceyh.
aku rasa, aku sudah lama tidak menulis karya-karya 'ilmiah' hasil imaginasi dan realiti yang aku alami, bukan? maaf, membuat kamu semua tertunggu-tunggu. I am being busy. tapi sekarang, sudah agak senggang dan aku rasa aku mampu untuk menyambung menulis semula tajuk-tajuk yang sudah aku rancang, tapi sedikit tergendala kerana tidak punya masa.
*Tolak tepi dulu perkara ini

so, sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini, inbox e-mail dan juga telefon genggam(?) aku dipenuhi dan dihujani mesej-mesej yang menyatakan betapa mereka suka membaca hasil tulisan aku; yang bagi aku hanya karangan zaman sekolah yang dibuat dalam keadaan tidak keruan(deadline tiba). Guys, i am sorry. Kamu semua telah tertipu dengan karya-karya imaginasi aku dan cerita olahan semula secara melampau(aku tipu lagi). Sudah tentu semua yang tertulis di bawah adalah nyata dan benar. Kembali ke pangkal cerita, aku menerima lebih kurang 20 text messages di telefon genggam(?) aku dan selebih lagi, aku tidak ingat jumlahnya di kotak dalam(?) e-mail ku. Terima kasih atas pujian dan terima kasih juga untuk kutukan. Tapi, selalunya pujian. hehe.

Ini tawarannya. si AKAB selalu mention tentang ini. tentang para 'bloggers' diupah untuk menulis sebuah blog ibarat blog milik pak-pak dan mak-mak menteri. ada ke istilah 'mak-mak menteri'? yer. Aku tahu, blog Khir Toyo sebenarnya bukanlah hasil tulisan beliau sendiri. Blog Khir Toyo itu adalah blog tulisan orang lain. yer adik-adik, ini adalah fakta.

Aku tertarik dengan satu tawaran dari 'anynomous sender' di dalam inbox e-mail aku. Tawaran yang aku rasa mampu menambah pendapatan aku. Tapi, 'hey! berapa kau mampu bayar sebulan? dan aku rasa aku hanya mampu menulis satu 'post' sahaja, untuk mewakili seminggu aktiviti kamu. Menarik bukan? Tolong e-mail kembali pada aku segera.' - kepada penghantar tidak bernama dan disorok alamat e-mail-nya.

Aku sudah mula berkira-kira. Jika satu post aku mintak RM300, maka aku mampu menjana pendapatan sebanyak RM1200 sebulan. Mewakili 4 posts per month=RM1200 kan? Maaf, aku benci nombor. Sila congak sendiri. Cukup aku rasa bagi aku yang bijak berbelanja ini.
Pertimbangkan tawaran aku dahulu ok 'anynomous sender'?

Aku menipu kamu semua sebenarnya. Itu hanya imaginasi aku.

Tiada ulasan: