Ahad, Jun 01, 2008

Kebetulan, Ini post pertama bergambar dari aku.


Aku lihat jam pada sisi kanan skrin komputer. Sudah pukul 6.00 pagi dan aku masih berjaga daripada petang semalam, which mean hari terakhir bagi bulan Mei.
Ya. Selamat datang Jun. Bukan Junaidah, Junta tentera Thailand mahupun Jubor. Maksud aku bulan Jun, June dieja in English atau bulan 6 yang selalu kita sebut-sebutkan itu.
Masih tidak faham, mampus kamulah.
Apa yang menarik untuk diperkatakan bagi bulan Jun ya?
Entahlah.
Pejam celik, pejam tak celik-celik sudah masuk setengah tahun untuk tahun 2008. Fucking fast.
Mei sudah berlalu meninggalkan kita semua dan apa yang sudah kamu lakukan yang boleh dibanggakan? Nothing, U tell me nothing? Kesian kamu ya.

Bulan Mei tahun ini bagi aku, terlalu banyak perkara untuk dilist down yang telah aku buat, orang buat dan macam-macam perkara yang membahagiakan.
Dari perkahwinan abang yang aku tiba di rumah pada hari perkahwinan dia saat orang hampir menutup khemah(kerana paper terakhir aku pada hari yang sama), kejutan hari jadi aku yang buat aku sangat terharu; siapa sangka diadakan di tempat yang aku sendiri hendak masuk ibarat 'hidup segan mati tak mahu', sekali lagi bertekak dengan ayah kerana wang, mak yang kecil hati dengan statement aku dan lain-lain lagi.

Kamu tertanya-tanya ya apa kaitan gambar di atas?

Aku sebenarnya sudah punya internet connection sendiri di rumah. Ya' man, I've got my own internet connection at home. Which mean, tidak perlu lagi aku menaip untuk blog ini di cyber cafe(yang aku rasa perlu dibuang perkataan cafe kerana tidak punya sebarang bentuk perniagaan makananan dan minuman) yang kadang mengundang rasa tidak selesa kerana diperhatikan, perlu mengejar masa kerana kesesakan wang untuk menambah masa dan lain-lain perkara lagi.

Selepas aku membuat keputusan menjual P.D.A phone yang aku pakai, aku mendaftar untuk mendapatkan broadband ini di Celcom booth berhampiran dan menjelaskan bayaran untuk menyelesaikan lesen memandu aku yang tak sudah-sudah. Macam sial.

Tapi, nyata satu keputusan yang tepat dan berbaloi. Sekarang, internet di rumah sendiri-menaip sambil ber-boxer, dan selepas connection aku diaktifkan Jumaat lepas, aku mengadap komputer dari pukul 10 malam hingga 7 pagi keesokkannya. Gila hebat. Aku cuma berhenti mandi pada pukul 5 pagi dan menyambung semula sesi ke'jakon'an dan ke'perak'an aku. Hebat juga penangan internet ini. Selain akses pantas ke blog-blog orang lain, di tambah web-web 'tidak-sesuai-dikunjungi kanak-kanak lelaki belum sunat' kerana tidak mampu ereksi. Wtf?
Hebat, sangat hebat. Terima kasih pada organisasi rahsia kerajaan Amerika Syarikat yang mula berkongsi fail secara sulit, kemudian dikomersialkan sistem itu menjadi internet, ditambah pula dengan lahirnya web-web browser.

Bil didaftarkan atas nama aku, maka perlu aku sendiri jelaskan setiap bulan. Pada awal aku ingin mendaftar broadband ini, ayah kata

"kau nak buat apa? Tengok lucah?"

Aku hanya mampu berdiam diri, malas mahu menerangkan benefits lain selain perkara itu tadi.

Selepas aku mendaftar sendiri, dengan duit hasil jualan handphone yang baru berapa bulan pakai, aku bawa pulang broadband modem ini ke rumah.
ayat pertama daripada ayah aku...

"Baguslah, boleh tengok harga tiket flight. Bulan 8 ni kan kami nak ke Sabah lagi sekali"

Aku hanya mampu senyum, walaupun perit sakit hati kerana dulu apabila aku mintak duit, bukan main melenting lagi dia. Kadang, sifat ayah yang ingin anak-anak dia being independent menyiksa aku. Tapi, dia ayah aku. Malaslah mahu bertekak. Kamu yang senang 'dimanjakan' dengan wang, bersyukurlah. Aku gembira untuk kamu.

Berbalik pada topik utama. Ya, internet connection aku-punya-sendiri. Kini aku selesa dan sangat gembira dengan 'benda-alah' ini. Aku mahu namakan dia. Apa nama yang sesuai ya? Kamu lihat, malam semalam 3 post terus dapat aku hantar. Tidak perlu mengejar masa dan lebih tenang menaip, menaip dan terus menaip. Fucking addicted.

Semalam, aku rasa aku orang pertama dalam rumah membaca suratkhabar-suratkhabar tempatan melalui internet manakala mereka yang lain sedang lena dibuai mimpi. Gembira betul aku. Dan, petang Sabtu aku tersedar bahawa semalam(31 Mei) adalah Hari-Tanpa-Tembakau.
Dan aku telah menjayakannya. Ya-lah, aku membuta daripada pagi hingga petang, sudah tentu aku tidak merokok seharian. Macam sial lagi.

Sudah, makin mengarut
Sekarang, aku mahu merangka perancangan untuk melakukan rompakan ala-ala Ocean's 11 atau Italian Job.

Mahu cari wang untuk bayar broadband ini-lah! Terus bayar 12 bulan lagi seronok.
Ayah mahu bagi?

HARAM.

2 ulasan:

starrocker berkata...

fuyooo..dhaus dah ade broadband lah..heheh sentap dengan aku ker???
hahahahahh!!!
eh tp cantik la kaw nyer usb tu..
macam gampang cantik!!!

si adlynn :) berkata...

dhaous, hang in there and be strong!
you know what i mean.