Rabu, Mei 14, 2008

Mengapa aku menulis blog?-part 1

aku sudah muak dan jelik dengan pertanyaan-pertanyaan sebegini.
jawapannya sangat mudah.
freedom to speak out.
mudah bukan?
ya. Kebebasan bersuara dan kemudahan untuk mengutuk kamu. Ya. Kamu-lah yang sedang membaca blog aku ini. Tanpa sebarang kekangan atau usaha pihak-pihak yang ingin mengklasifikasikan blog aku ini.
Like I fucking care.

Lihat! Mudah sahaja aku mengeluarkan carutan di sini bukan?
Sebab itu aku suka menulis di sini. Free Writing.
Apa aku mahu tulis, aku tulis. Aku muntahkan segala isi-isi idea imaginasi aku di sini.
Aku mahu lari dari kebiasaan penulis-penulis blog yang bagi aku, mereka adalah sampah.
Sibuk berbicara tentang permasalahan cinta, pakaian idaman mereka di butik-butik besar yang aku rasa mereka sendiri tidak mampu memilikinya dengan wang hasil titik peluh sendiri, dan menulis tentang seronoknya mereka bersetubuh dengan boyfriend mereka dan tidak kurang yang bercerita tentang parti-parti hebat yang akan datang. Bodoh. Aku juga party-goers. Tapi, tidak-lah terlalu obses seperti kamu.

Aku suka kelainan. Aku mahu lari dari kebiasaan. You get me?
Aku tidak mahu menjadi remaja-remaja yang sibuk ke gig, mengikut trend semasa, dan lain-lain lagi walhal mereka tidak tahu apa yang mereka ingin perjuangkan. (tetapi, bukan semua)
Ini buat mereka, yang pergi kerana termakan pujukan rakan-rakan. Tidak kurang yang ingin bergaya sakan di depan kamera dan kemudian up-load di Social Networking mereka dengan gahnya. Kesian kamu. Tidak perlu menjadi seperti aku yang suka menentang arus. Aku memang begini, suka mencuba sesuatu yang baru(tapi, tidaklah mencuba menghisap ganja beramai-ramai, kemudian di'toreq' oleh mamat yang baru kenal for few hours, dan kemudian lagi menyalahkan mamat itu tadi, atas kebodohan diri sendiri) Padan muka kamu.

So, kesimpulannya. Aku mudah menyuarakan hasrat, pandangan dan lain-lain perkara lagi di sini. Jadi, tugas kamu hanya perlu membaca dan kemudian diam. Diam untuk berfikir. Jadi-lah seperti aku; di mana ketika sedang 'menyabun' seluruh badan aku ketika mandi, secara sambilan aku akan berfikir cara-cara untuk menjatuhkan Khairy Jamaludin. Lihat, aku sudah mula dibayangi suasana politik keruh tanah air walaupun aku benci berpolitik. Politic is good, but not all politicians are good. Faham? dan bagi RTM, hentikan saja-lah dari menyiarkan siaran dari Parlimen kamu. Tiada gunanya. Kesian bagi budak-budak belum akil baligh yang akan tertanya-tanya; kenapa orang-orang tua yang patut menjadi contoh mencarut-carut? kan mereka merupakan 'ketua' untuk 'memacu' negara? Adakah ini cara 'cerdik-pandai' bermesyuarat? bersidang membincangkan permasalahan rakyat?
Ya. Adik-adik, itu semua contoh terbaik untuk adik-adik. Nanti, sudah besar jadi-lah ahli politik yang suka mencarut-carut itu ok? Jadi-lah seperti mereka.
Sudah. Aku perlu berhenti. Nanti aku sambung lagi tentang kancah permasalahan menyiarkan siaran dari Parlimen ini, ok? Aku sudah penat. Lagipun, bertambah banyak idea-idea 'bernas' di dalam kepala otak bijak-ku ini. Aku perlu drafting all out first, dan kemudian menulis lagi; untuk menyengat dan tersengat.

Chow sin readers!

Tiada ulasan: