Selasa, Jun 03, 2008

Ahmad Kamal Abu Bakar, kembalilah

Sudah sebulan lebih.
Sangka aku, kali terakhir AKAB menutup blog dia hanyalah untuk sementara.
Kata awin...
"ah dia tuh biasalah. Esok-esok bukak la balik tuh"

Nyata meleset jangkaan itu.
Sebelum ini, di awal 'perkenalan' aku dengan blog-blog hasil penulisan kreatif dan alternatif.
antara perkataan-perkataan pertama yang ditaip pada search bar web browser ialah

aku DIIKUTI tak DAN peduli (.) blogspot bla..bla...bla.

dan jatuh di tempat kedua;

ne DAN ra DAN kaku (.) blogspot bla..bla..bla.

Sekarang apa yang tinggal? Hanya blog seorang pemerhati 'segala-apa-jua-di-bumi' dengan cara 'melampau'.

Gila bosan.

Siang tadi, tajuk utama pada dada akhbar METRO tabloid-sampah-no 1-negara! tertera...

"Hati-hati dengan virus kiriman dari neraka"

terus aku terbayangkan penulisan AKAB yang pernah aku baca.
dan terus ligat otak aku berfikir....

"Takkan AKAB dalang mencipta dan menyebarkan virus ini?"
"Tak mungkin, tak mungkin"

Tapi, siapa tahu mungkin juga ianya hanya 'latih-tubi' AKAB sebelum menjadi penggodam sistem-sistem komputer yang berjaya.
Tambah lagi curious, dia menghilangkan diri, terus ditutup blog dia sebelum ini.

Tapi aku tahu AKAB, kamu ada blog hanya untuk invited readers only.

Apa kata kamu invite aku
Serius, aku sangap mahu membaca karya-karya kamu

Come on bro, aku seorang saja.
Daripada aku tertanya-tanya khabar berita kamu dan terus membuat andaian campur dengan spekulasi, baik kamu invite aku.

Betul tak?



4 ulasan:

HUZAI berkata...

Err, aku juga sangap mahu tulisan beliau. Nampaknya nerakamu.blogspot juga sudah dipadam...

a n n berkata...

Haa? AKAB ada blog lain jugak ke? I baca perahumabuk. Dia tuka. tp tu pun dah tutup jugak. );

p/s: best jugak blog u. (;

p u t e h berkata...

dia dah bukak balik. nerakaku.blogspot.com hari ni.

Aziati Wan Haron berkata...

Yes, I wish he would continue writing too :(