Selasa, Jun 24, 2008

Aku mungkin sudah gila


Aku mahu ke konsert seperti yang tertera di atas ini.

Ok. Ini bukan kerja gila. Cuma, kurang waras sedikit. Tapi, aku kisah apa? Aku suka mereka.

Gandingan 2 insan hebat yang menggegar industri tanah air dengan puluhan lagu-lagu hits mereka. Ok, mungkin tinggal seorang saja vokalis mereka. Seorang lagi sudah hampir genap setahun pemergian beliau. Takafur sebentar(tapi, tak boleh sedekah Al-Fatihah, kan?)

"di pohon cemara ku ukirkan kata cinta, bulan tersenyum dan bersinar"
"berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu, meraikan suasana indah"

Wah. Terngiang-ngiang lagu mereka di telinga aku.
Sekarang, aku sedang tengok video lagu-lagu mereka sambil melayari
www.ticket2u.biz untuk reserve seat dan tengok seat mana yang aku mampu bayar.

Siapa kata aku tidak dengar lagu artis-artis Malaysia?

Dan, ada sesiapa yang sudi jadi date aku untuk konsert ini?
Tinggalkan contact number anda ya.

Nanti aku hubungi, tapi tiket bayar sendiri-lah.

Aku memang Jantan-Melayu-Calculative, sundal.

Zasss.

(harap-harap tercapai impian aku ini, walaupun agak kelakar)

2 ulasan:

Dila Raden berkata...

boleh gang dengan mak aku

Ferdows D. Isaac berkata...

serious?
aku nak kenal dgn mak kau
haha