Khamis, Jun 26, 2008

Aku mungkin tidak cukup maskulin

Hal ini kerana aku bukan kaki bola. Aku tidak pernah timbul minat untuk mendekati bola sepak secara peribadi.
Dan akibat daripada 'kelemahan' diri aku ini, aku sering diperkotak-katikkan, di'bahan' dan paling hebat di'pondan'kan oleh mereka di sekeliling aku.

Sekarang ini musim Euro, dan aku tidak pernah ambil pusing tentang perihal team mana yang menang, yang layak ke hadapan mahu pun team yang awal-awal telah bungkus. Serius, kadang akibat 'kelemahan' aku ini, aku menjadi malu dengan perempuan-perempuan yang lebih arif tentang bola sepak. Rasa mahu tutup muka aku dengan surat khabar(seperti pesalahlaku yang didakwa di mahkamah)

Selalunya, aku hanya berminat jika aku tolong tambah betting duit kawan aku.

Dan akibat tidak arif soal bola sepak ini, kawan-kawan aku suka menguji paras intelektual aku.
Seperti, aku telah ditipu beberapa malam sebelum perlawanan Chelsea menentang Manchester United beberapa minggu lalu(ini piala apa eh? Kejohanan Bola Sepak Sekolah Berasrama Penuh Daerah Gombak ke?)
Ada ke kawan aku kata Drogba adalah player Manchester United? Macam Haram Jadah perangai dia. Dan, aku telah percaya bulat-bulat selama beberapa hari sebelum mereka yang kasihan dengan aku reveal the truth.

Dan, sewaktu awal musim Euro ini, kawan aku kata..

"Kau suka team mana Dhaus? Nanti boleh-lah betting"

Aku jawab,

"Brazil, boleh gak nanti"

Dan, habis aku ditertawakan dengan teruk sekali selama seminggu di pejabat.

Aku memang tidak cukup maskulin.

1 ulasan:

MaGGoT World berkata...

bro...ku smer ngan kau bro!!...i just dont get it per yg sronok tgk 22 org kejar 1 bola..padahal masing2 da der 2 bijik lagi bola dalam sluar masing!!...but they can call me what they want...I JUST DONT GIVE A FUCK, A DAMN, A SHIT, OR ANYTHING ABOUT IT!!!