Selasa, Jun 24, 2008

Apa?! Bapak tidak akan merestui perkahwinan kau dengan perempuan joget itu!

Sudah masuk hari ke-2 aku tidak ke pejabat.
Aku sedang bercuti, dan aku tahu kakak-kakak di pejabat tentu rindukan aku, semestinya. Mereka tahu aku antara budak lelaki bermulut paling sundal dalam pejabat kami dan aku kerap berkumpul bersama mereka di pantry, untuk mendengar gosip-gosip baru di pejabat. Daripada cerita Kak Sakinah baru pulang bercuti dari pulau mana entah bersama teman lelaki, Kak Jenab yang tersalah pilih saiz bra(shopping di Sogo katanya) hingga kepada kisah supervisor berbangsa India yang tangkap 'cintan' dengan Kak Rogayah. Kejap, racist ke kenyataan aku itu tadi?

Aku bukan suka-suka ambil cuti. Patutnya, semalam aku ke Pulau Pangkor. Kemudian, aku cancel kerana gaji keluar lambat. Marah betul Ad dengan aku.
Dan, untuk menyeimbangkan cuti yang aku telah ambil, aku mengajak classmates aku budget road trip ke Penang. Jalan-jalan cari makan kata aku. Setelah berbincang, dan setuju untuk bergerak pagi Ahad aku pun dengan selambanya buat pinjaman dengan kakak aku.
Dan, awal pagi Ahad aku diberitahu terpaksa batalkan trip ke Penang kerana ada macam-macam masalah. Haha, kesian betul aku.

Akhirnya, sudah 2 hari aku melanguk di rumah. Bangun jam 4 petang, mandi, semalam mandikan kiki dan tolong mak sapu rumah selain sidai baju di ampaian(sidai baju dalam pukul 7 pagi, kemudian baru aku tidur. Salahkan internet)

Serius, aku rasa aku layak bersaing untuk merebut anugerah...

Anak Lelaki Paling Mithali.

Macam haram jadah. Aku tengah bosan ni...

2 ulasan:

schuhz m. berkata...

Roadtrip to Penang sounds fantastic. I did that with a couple of friends when maybe two or three years ago. Dalam budget budget banyak juga barang bundle yang dibeli (ini bila singgah di Kedah).

Pulau Pangkor pun macam best!

Ferdows D. Isaac berkata...

Tinggal 'paper work' je
tak jadi pun
Damn it.

I need a rest...now.
Sem da nak start

Damn it, again