Jumaat, Jun 20, 2008

Bila lagi ya?

Sepatutnya, malam ini aku sudah berpijak di bumi Langkawi. Pulau yang ideal untuk perokok dan pemabuk tegar. Dengan rokok kotak 20 berharga RM2.70(semua jenama) dan harga setin beer yang jauh lebih murah daripada Milo Ais di Kuala Lumpur. Ya, sangat ideal bukan?
(tapi, ini semua harga tahun lepas-lah. Tak tahu sekarang)

Tetapi, akibat daripada keletah dan ragam kawan-kawan yang terlalu sofistikated dan kadang mengundang kemarahan, our second year trip telah dibatalkan. Tahniah semua!

Siapa cakap aku tak kecewa? Kecewa, rasa mahu hentak kepala ke dinding sekarang. Tidak mengapa-lah, masing-masing sudah punya 'komitmen' sendiri sekarang.

Di bawah ini, sedikit gambar daripada Langkawi trip pertama kami, tahun lepas, April 2007.


(bbq night!)
(Reggae Bar Pantai Cenang terbaik!)

(Coli ditinggalkan tourist di Reggae Bar)

Seriously, aku rindu semua ini. Banyak lagi foto yang ada, tapi nak kongsi semua "tak dapat la jek"

Maaf, di atas itu bukan aku. Tunggu-lah nanti baru ada satu gambar penuh muka aku yang habis kacak ini. Belum bersedia lagi, baby.

Mungkin malam ini, Dayang Bunting akan datang di dalam mimpi aku. Menggamit-gamit aku untuk kembali ke bumi beras terbakar itu.

Sekali lagi menyaksikan anak Adam itu tumbang menyembah bumi di pantai landai dan memeluk jamban duduk hingga mahu tidur di dalam tandas. Oh ya! Jangan lupa scene bogel dan minta kain pelikat sambil berkata

"Ajiem, mana Ajiem? Aku nak dia dengan Shy je sekarang.."

dan

"Jiem, peluk aku kuat-kuat. Badan aku panas. Selesa kau tidur nanti"

Dan, 2 anak Adam itu tidur berpelukan hingga ke pagi hari. Soooo sweet....

(
Maaf, hanya mereka yang berkenaan saja yang faham)

Adios.

Tiada ulasan: