Rabu, Jun 18, 2008

Curi-curi online sebentar

Aku di pejabat sekarang. Ini mungkin entri pertama dan terakhir aku ditulis di pejabat.

Aku rasa TERTIPU sekarang. Lakhnat Haram J betul.

Sudah 2 minggu aku tidak menghayati dengan khusyuk cuti hujung minggu aku di rumah. Maksud aku melempiaskan nafsu tidur. Tidur, tidur dan tidur hingga bengkak mata pada hujung minggu. Serious, seperti orgasme apabila dapat tidur yang cukup.

Ini semua kerana aku bekerja berterusan selama 2 minggu. Sudah 2 kali jumaat, masuk pukul 11 pagi dan pulang ke rumah jam 4 pagi Sabtu. Balik rumah, tidur sebentar dan kembali ke ofis pada jam 10 pagi hari Sabtu juga. Hari Ahad pun kerja bai! Siapa mahu bagi aku RM150 sehari? Bapa kamu yang kedekut tuh pun akan berfikir beratus kali mahu bagi aku RM150 satu hari bekerja. Kan?

Aku tidak kisah sebenarnya. Ini semua akan memberi jaminan, aku tidak 'mengemis' sewaktu kembali ke UiTM nanti. Aku yakin gaji keluar nanti, cukup untuk perbelanjaan selama 4 bulan.

Cuma, aku rasa sangat TERTIPU sekarang. Semalam, selepas 'lari' pulang ke rumah daripada kesibukan di pejabat, aku terima panggilan telefon.

"Dik, esok semua orang WAJIB datang pukul 7. Banyak kerja lagi. Kalau tak datang, terus kena terminate"

Ya'right. Aku datang lambat 15 minit, yang ada di pejabat hanya admin dan mak cik cleaner sedang lap tingkap. Sekarang sudah pukul 8, 'sekor' pun aku tak nampak.

Haa tuh! Bos baru masuk sambil buang tahi mata yang masih ada.

Bangsat kan? Sudah.

Aku mahu tunggu depan lif, mahu libas kepala kakak pejabat dengan batang mop.

1 ulasan:

Anbreen,Aziz berkata...

hahahahahahahahaha.sumpah kelakar gyle!well done!