Ahad, Jun 15, 2008

“Dik, betul ke kalau lelaki yang belum pernah ‘main’, kepala anu dia warna merah maroon?”

Terkedu aku sebentar.

Aku renung tajam ke dalam anak mata kak Markonah(bukan nama sebenar)

Kemudian dengan tenang aku jawab,
“Entahlah kak, saya punya elok je warna kulit saya ni. Warna coklat gelap. Tak kan la saya kulit warna sawo matang ni, ‘adik’ kat bawah ni warna pink kan? Menipu la tuh”

Merah padam muka Kak Markonah. Padan muka kau.

Inilah realiti perbualan di pejabat. Yang penuh dengan mereka-mereka yang dangkal pemikirannya dan berspesis jenis cakap lepas. Sebenarnya, aku tahu perempuan juga selain gemar bergosip, mereka suka berbincang tentang kehidupan seks mereka. Sama ada yang sudah lepas atau akan datang.

Tidak apa lah, aku Cuma budak belasan tahun yang dikelilingi mereka yang jauh lebih berusia di pejabat. Daripada yang sudah berkahwin tak punya anak, yang sedang menghitung hari-hari sebelum pernikahan , yang kerap check-in bersama teman lelaki dan pelbagai spesis lain lagi.
Seriously, aku suka di tanya sebegitu. Dan, jika diberi peluang, banyak kemusykilan yang aku mahu ajukan kepada kakak-kakak di pejabat. Contohnya…


“akak selalu cukur ke potong pendek bulu pubik akak?”

“akak suka tak kalau suami akak nanti/sekarang suruh blow-job?”

“Setuju tak, perempuan Asia semuanya berputing warna coklat. Mitos lah kalau jumpa perempuan Melayu puting warna pink. Kan kak?”

(Sebenarnya banyak lagi)

Tapi, itu semua aku pendam jauh-jauh dalam hati. Gila kau. Nanti, tak pasal-pasal aku ‘ter’lebih ajukan soalan seperti di atas, mahu aku rasa ‘tapak Buddha’ dalam kata lain penampar/pelempang.

Sekarang, aku mahu tanya.

siapa yang telah mengalami gangguan seksual/sexual harassment di pejabat?

Aku atau Kak Markonah?

2 ulasan:

rozannarizwan berkata...

ahaha..
klakar2..
yg c akak tuh pon sengal..
ade ke kt ofis tnye cmtu..
glaa tnye bf die ke laki die ke..
kn sng..

si adlynn :) berkata...

@.@