Rabu, Jun 11, 2008

Ini hanya jangkaan

Hampir seminggu kita rakyat Malaysia ini, membayar minyak dengan harga RM2.70 seliter. Apa khabar kamu semua? Masih mampu menanggung kos hidup di Malaysia yang semakin meningkat ini?

Khabar-khabar yang aku dengar, sudah ramai yang mula beralih arah atau memilih pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, atau tempat-tempat lain untuk menjalankan urusan kehidupan.
Yang punya kenderaan lebih daripada 1 di rumah, kini sanggup berhimpit dalam satu kenderaan untuk menuju ke destinasi masing-masing(kita ambil contoh pasangan suami isteri yang sebelum ini ke tempat kerja masing-masing dengan kenderaan berasingan)
yang pakai motorsikal pun, ada yang mengeluh. Kamu semua tahu motorsikal Honda EX5?
Ala, motor 'kapcai' yang selalu budak Pizza atau Posmen pakai itu. Sebelum ini, bayaran full tank untuk motor kapasiti enjin rendah itu hanyalah RM3-4! Ya' man! 3 atau 4 ringgit tangki minyak sudah penuh! Sekarang, mereka juga turut mengeluh. RM8 untuk mengisi minyak sehingga tangki penuh!
Banyak perkara lain yang berlaku yang setakat ini membakar api kemarahan semua pihak.
Tahniah sekali lagi Dolah Bedawi.

Setakat apa yang aku nampak dan teliti, tidak mustahil kemungkinan sekali lagi berlaku kelembapan ekonomi dan sekali gus terus membawa kepada kegawatan ekonomi. Ok, aku bukan bijak pandai mahu pun berlagak pandai. Mungkin, aku hanya pandai cakap. Tapi, tidak mustahil bukan perkara ini berlaku? Belanja sekolah kamu di potong, tiada lagi hidangan lazat lagi menyelerakan di atas meja makan kamu, terpaksa sukat itu, sukat ini, segala harta benda kamu di rumah perlahan-lahan di jual untuk menampung sara hidup, mereka yang punya perniagaan terpaksa gulung tikar dan banyak perkara lain yang sangat, sangat ditakuti kita semua.
Serius, sangat seram.
Siapa kata pisang tidak akan berbuah 2 kali? Kamu tahu ke?

Mungkin apa yang aku perhatikan ini hanya secara kasar. Aku ambil contoh begini.
Bahan api/petrol merupakan antara perkara asas dalam semua perniagaan.
Ya lah, kalau kita jadi pembekal, kita akan bergerak menggunakan kenderaan untuk menghantar bekalan. Kita jadi peniaga, juga guna kenderaan. Broker hartanah, juga guna kenderaan. Pemborong, juga guna kenderaan. Termasuklah para usahawan, 'orang kaya bisnes MLM', pemandu bas, peneroka, peladang, pesawah dan lain-lain lagi. Aku yakin kamu semua dapat bayangkan apa yang ada di dalam otak aku ini. Kalau kamu tak dapat juga, sila pergi jahanam. Sangat dipersilakan.

Kesimpulannya, kenderaan yang di guna pakai sekarang ini semua bahan apinya adalah PETROL(Kecuali yang guna NGV, cerita lain). Atau ada pesawah yang guna pembajak yang bergerak dengan tenaga solar? Gila hebat kalau ada. Dengan meningkatnya harga petrol, ini antara punca berlakunya pesta naik harga semua benda. Daripada barangan harian hinggalah kelengkapan hidup. Sebagai contoh, bahan dapur semuanya naik harga kerana petrol sudah naik harga. Pembekal bergerak menggunakan van, maka kos penghantaran perlu dinaikkkan. Peniaga pula terpaksa menjual barang niagaan mereka sedikit tinggi dan pelanggan yang punya kuasa membeli, terpaksa berjimat cermat menyukat perbelanjaan kerana mereka juga dibebani dengan pelbagai masalah lain dicampur pula kerana suku perbelanjaan atau setengah perbelanjaan untuk belanja isi minyak kenderaan mereka telah diketepikan.

Maka, perkara yang terjadi ialah kelembapan ekonomi! Pelanggan tidak mahu membeli barang-barang yang dirasakan remeh lagi, dan mungkin di rumah mereka hanya seminggu sekali di hidangkan dengan lauk pauk yang mahal. Sebagai contoh, Ketam(2 ekor RM7 bai!), sotong, dan lain-lain.

Dan, akibat daripada ini semua yang akan memberi potensi Malaysia sekali lagi bakal dilanda kelembapan ekonomi yang terus membawa kepada kegawatan ekonomi.

Sekali lagi, takut, sangat takut jika difikirkan. Setelah aku amati dan hayati tentang isu ini yang orang lain cuba sampaikan, aku sangat menyokong pendapat mereka semua. Kita punya sumber petroleum sendiri, tapi kenapa sebagai rakyat Malaysia sendiri kita perlu membayar harga yang sama atau hampir sama seperti rakyat negara lain yang tidak mempunyai sumber petroleum sendiri? Adilkah? Pelik juga bila memikirkan, rakyat Venezuela hanya menbayar 6 sen untuk seliter petrol. Kerana mereka juga mempunyai sumber petroleum sendiri. Maknanya, motorsikal aku hanya memerlukan RM1 atau kurang untuk mengisi tangki 3 liter penuh.

Ok-lah. Aku mahu bermigrasi ke Venezuela. Siapa mahu ikut angkat tangan.

Oh ya, tentang kelembapan ekonomi yang terus memacu kepada kegawatan ekonomi. Itu hanya JANGKAAN. Jangan kamu terkocoh-kocoh mahu menabung pula. Teruskan hidup seperti biasa, tidak perlu memberontak. Bak kata Orang Jelebu, orang Malaysia ini terlalu cepat berasa selesa. Lagi-lagi, bangsa aku ini. MELAYU.

alasan yang aku mual nak dengar..


"ala bro, minyak tuh macam mana naik pun, kita akan still bayar gak. Sebab, memang kita perlukan minyak. Tak kisah la, lebih sikit je perbelanjaan aku"

Ini alasan orang yang tidak tahu hak dia telah dipermainkan dan diputar belit. Lantak kamu-lah, aku sedar tiada apa yang istimewa untuk aku sebagai rakyat Malaysia dan tertanya-tanya bagaimana aku mahu terus hidup begini? Selain aku tahu orang yang 'atas kedudukannnya' bersenang lenang mengira keuntungan hasil memperbodohkan rakyat Malaysia dan memberi subsidi yang hanya cukup setengah bulan untuk minyak kereta si Corpetro. Sila semak sendiri. Aku malas.

Dan, kamu tahu siapa yang aku maksudkan, bukan?

2 ulasan:

si adlynn :) berkata...

yupyupp
mmg eventually all the other goods will have a price hike too
and i pn dgr cite minyak akan naik lagi august
hurm

btw, venezuela?
i nk g aussie :P
hahaha

gadisjahat berkata...

tunggulah kau jadi PM.