Jumaat, Jun 27, 2008

Orang Melayu memang cepat melatah(juga cepat klimaks aku rasa)

Semasa lunch hour siang tadi, aku telah 'ter'beli Utusan Meloya. Sudah lama aku tidak beli surat khabar ini dan nampaknya usaha aku dan kakak aku juga telah berhasil. Bapa aku tidak lagi membeli Utusan Meloya. Dia pun baru tersedar, selama ini dia asyik 'diwayangkan' sahaja oleh penulisan-penulisan yang nyata menyebelahi sebelah pihak.

Aku beli pun, kerana aku tertarik pada tajuk
"Starbuck di IPTA"
(nanti aku post ulasan aku tentang ini, kalau ada masa-lah)

Dahulu, jika Utusan Meloya yang aku baca, page pertama yang aku akan buka ialah ruangan kartun. Yang ada kartun Mamak Cyber dan Hello Bos! tuh. Dan jika kamu perasan, di atas ruangan itu ialah ruangan surat pembaca.

Tadi, mata aku tertancap pada ruangan itu. Aku juga suka bahagian ini sewaktu zaman kegemilangan aku dan Utusan Meloya. Terkejut aku. Tak sangka, sekarang yang hangat didebatkan di ruangan itu ialah tentang martabat bahasa Melayu. Kamu mesti pernah lihat iklan tentang budak baru balik sekolah yang memerli kawannya kerana membaca surat khabar berbahasa English. Kemudian, bila ditanya arah jalan oleh seorang perempuan 'Minah-Salih', tercungap-cungap nak menjawab. Kemudian, dia sendiri malu dengan kawan yang membaca surat khabar berbahasa English itu(ini ulasan untuk orang yang tidak ada televisyen di rumah)

Tahukah kamu, iklan ini telah menjadi isu kerana diambil kira sebagai menjatuhkan martabat bahasa Melayu dan menghina orang Melayu. Malu aku, sangat malu dengan pemikiran bangsa aku. Wujud lagi orang seperti ini ya?

Nyatalah orang Melayu memang cepat melatah.

Terimalah kenyataan, bagaimana usaha kamu pun, minda kita memang selamanya akan 'dijajah'.
Lupakan France dan Japan yang maju dengan bahasa sendiri. Lupakan. Mereka semua cukup kuat untuk menangkis 'propaganda barat'(ya ke?)

Terima saja kenyataan, hanya dengan berbahasa English saja kita mampu mengorak langkah lebih jauh ke hadapan. Apa yang kamu mahu perjuangkan sedangkan perlahan-perlahan setiap mata pelajaran di sekolah 'dialih-bahasa' kepada English? Bagai anjing menyalak bukit, tidak akan runtuh bukit(Tak tahu-lah kalau anjing sekarang berevolusi, pandai pakai C4 letupkan bukit)

Lagipun, memang apa yang iklan itu tonjolkan sangat benar.
Melayu Jaguh Kampung.
Berani Bila Ramai.
Suka Pandang Serong.
Harap Muka, Otak Tiada.

Dan, biarlah bahasa Melayu itu kekal wujud dengan penuh maruah. Belajar berbahasa asing itu, sangat penting jika mahu mencapai wawasan 2020(aku rasa tidak akan tercapai pun)

Buat Melayu-Cepat-Melatah. Ditakdirkan anak kamu belajar ke France dan anak kamu mampu menguasai dua bahasa sekali gus dengan petah dan lancar, dan anak kamu menjadi 'cikgu' seperti penulis blog ini. Mengajar budak-budak French yang langsung failed berbahasa English sedangkan mereka menyerupai 'Mat atau Minah Salih' tapi English hancur.

Mesti kamu bangga punya.
Sudah, buanglah jauh-jauh keinginan jangka pendek kamu untuk memartabatkan bahasa Melayu tanpa berfikir jauh. Rugi besar kamu.

Pendam jauh-jauh dalam hati kamu, Ini semua tuntutan zaman. Perlu terima kenyataan

"Takkan Melayu hilang di dunia"

Hap-tuih. Hilang punya orang Melayu kalau semua berfikiran sempit.

Nasib baik aku golongan Melayu profesional
(tersenyum sinis)

22 ulasan:

schuhz m. berkata...

Apa yang ideal to me is orang Melayu yang hebat berbahasa Melayu dan boleh berbahasa Inggeris. Kena ada balance. Orang Melayu tipikal takkan perli kita kerana terlalu "Westernized" dan bila foreigners tanya directions, takdanya tercungap-cungap.

farah fazanna berkata...

aku suka cara kau tulis.

Enche' Kacak berkata...

well said, man. well said.



i've added you at my blogrolls if you dont mind.

Ferdows D. Isaac berkata...

Shuhz, itu yang sebenarnya I nak sampaikan
TQ! U mmg lebih straight to the point daripada I:)

Farah, Thanks. Keep in touch, sweetie.

Enche' Kacak, Thanks too:) and I really dont mind
Insyallah, I will linking u back!:)

psychokiddo berkata...

go straight, dont belok belok :P
haha. adek i nye fav iklan. ngee.

wonder linaa berkata...

ahaha. bagus dhaous! :D

Melayu Minimalis berkata...

good one!

ami___ berkata...

memang orang melayu agak kuat melatah, ada satu kali seorang manager hotel berbangsa melayu menulis dengan mengatakan kerajaan patut revise kembali cadangan tidak mengadakan seminar di hotel2 kerana menutup periuk rezeki perhotelan. WHAT?

dia tak fikirkan ke berapa banyak boleh dijimatkan jika pihak kerajaan tidak mengadakan seminar di hotel semata. hish, pentingkan diri sendiri.

maaf, kalut emosi. i'm adding you to my blogroll ;)

Ferdows D. Isaac berkata...

Ami, that stupid AMIgo Faiz kan?(your name's there):P
blog tulis kat friendster tuh kan?
I've read it, and guess what dia da delete pun
Stupid receptionist!
Macam kerja dia dapat 15k per month
haha
Duduk la kat belakang kaunter tuh sampai mati!

Ceyh
Maaf, kenyataan i pn berbaur emosi

Thank you! I'll linking u back
:)

Ferdows D. Isaac berkata...

MM, terima kasih:)
(tersenyum lebar)

schuhz m. berkata...

Starbucks di IPTA. I'm intrigued. I would love to get me some Java Chip on campus pada hari panas-terik-jalan-pergi-class-lepas-tu-class-cancelled-so-kena-jalan-balik-pergi-kolej.

gadisbertudunghitam berkata...

hey u..
its me :)
i like this posting.
singgah laa tgk my posting jugak.
nothing much.
baru start je.

ami___ berkata...

i don't know about that blog, wish i had read it earlier. sure hilarious XD

the one i'm talking about was this.

:)

Ferdows D. Isaac berkata...

Ili, yeah I am talking about that advertisement

And yeah lina, TQ

Ferdows D. Isaac berkata...

Schuhz, I dont think so
When U start to sip the java frap yadayadayada, Tekak kita akan start craving for smoke. And, if kat dalam uitm, kita kan 'pelakon terbaik'
so, macam tak best
Yeah, berjalan-ke-kelas-hingga-basah-ketiak
I hate that!

Ferdows D. Isaac berkata...

Ami,
Said HILARIOUUUSSS word mcm dalam 40 years old virgin. Cool ;0

I dah baca.
And, I am trying to figure out now
How come u letak link in comment yeah?
haha

ami___ berkata...

T____________T
i feel old (although i know you're referring to the movie, alas)

Ferdows D. Isaac berkata...

Ami,
Tua sangatkah anda?
I didnt meant it:P
U nampak muda apa?
haha

ami___ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
celkom berkata...

Wei jangan ketinggalan zaman..idealny a mat salleh bila datang sini bawa dictionary Inggeris - BM. Cuba berbahasa BM. Sebenor ko dan penjual akhbar Inggeris tu yang salah. Mat Salleh bagi tahu aku dia datang sini nak belajar BM. Tapi tiap kali dia cakap Melayu dia frust orang cakap Inggeris balik. Bagi saya satu..maka penjual tu tanya balek. Two?

Memanglah NST tu mengagungkan BI sebab dia jual akhbar BI. Tapi nak kata pelancong dtg malaysia nak cakap BI tak betul...kalau nak cakap BI baik duduk negeri diaorang..

Ferdows D. Isaac berkata...

celkom,
wa tanya lu,
blog gua ni berbahasa english ke?
bahasa melayu wa cacat ke?
Lu pergi cari kamus, betulkan ejaan apa yang wa salah
terima kasih
bkn masalah duduk negeri orang dan mengagungkan bahasa lain
Lu kena ikut situasi semasa
Lu mahu kerja gempak, perlu tahu berbahasa english. Cukup sekadar tahu. ni lah punca bangsa melayu tak maju. Salah satu punca nya ialah orang macam lu ni. Cakap merapu.
Wa tak cakap sepanjang masa lu kena cakap english je
Lu tgk komen first ckp apa?
HEBAT berbahasa MELAYU, TAHU berbahasa ENGLSIH
berbeza kan?
Komen bodoh lu hanya buat lu nampak lagi bodoh
Be profesional

a n n berkata...

Hear hear! (;