Selasa, Jun 17, 2008

Tolong, hanya sekali ini aku minta kamu supaya lebih serius.

Sudah lama aku ingin bercerita tentang perkara ini. Tetapi, selalu tertangguh. Sekarang, punya sedikit masa. Mari, tentang mimpi. Bukan Mimpi Moon filem cinta murahan yang tidak mendapat sambutan itu. Ini mimpi aku. Mimpi mainan tidur.

Aku bukanlah golongan obses yang suka mentafsir mimpi atau golongan yang pergi tikam nombor ke kedai ekor berhampiran keesokannya. Kata mereka "Gua mimpi nombor dowh malam tadi. Ni mesti kena punya!" Teruskan la kamu merempat mengemis kerana percaya pada mainan tidur kamu itu. Lagi-lagi berkaitan judi. Gila tak logik.

Tapi, kadang aku mungkin perlu meluangkan lebih masa untuk menilai kembali mimpi mainan tidur aku. Kerana, banyak apa yang aku mimpikan, selalunya akan berkait dengan perkara yang akan berlaku selepas itu.

Serius, aku bermimpi menunaikan umrah beberapa malam yang lalu. UMRAH, dude!
Masih aku dapat bayangkan, berhamburan air mata keluar saat aku kucup Hajarul Aswad, beberapa kali aku tersungkur sewaktu mengelilingi Ka'abah dan sekali lagi menitis air mata sewaktu mencukur licin rambut aku(sampai ini saja aku ingat)
Aku berseorangan ke Tanah Suci itu. Tanpa sesiapa.

Apa tandanya ya?

Seperti yang aku katakan, banyak mimpi aku yang akan berkait dengan perkara yang berlaku in my real life.

Sebagai contoh, dalam mimpi aku, arwah bapa saudara kesayangan aku datang pada aku berpakaian serba putih, dan terus memarahi aku. Sangat marah dia pada aku. Tapi, aku tidak ingat apa butir yang ingin dia sampaikan. Riak mukanya sangat benci pada aku. Dimaki dan dicercanya aku.
Selepas beberapa lama, sewaktu dalam keadaan genting sebelum menghadapi paper pertama final exam aku, aku terima panggilan daripada kakak aku.
katanya...

"kau ni, kenapa tak angkat phone. Banyak kali aku called... Mak Lang nazak ni kat HUKM"

(Mak Lang merupakan isteri arwah bapa saudara kesayangan aku)

Terkesima aku sebentar. Mahu pulang ke KL atau teruskan duduk di kolej belajar kerana first paper final lagi 2 hari? Mak aku kata, "tak perlu balik. Berdoa, nanti apa-apa perkara berlaku kami beritahu"

Dan, syukur umur Mak Lang masih panjang. Sudah sihat tapi tidaklah sekuat dahulu. Sudah kembali ke rumah, namun masih perlu dipantau sentiasa kesihatannya.

Dan, banyak lagi mimpi-mimpi aku yang selalunya akan berkait dengan perkara yang sudah mahupun akan terjadi. Lagi-lagi, isu kekeluargaan.

paling aku ingati, mimpi arwah-arwah bapa saudara, ibu saudara, sepupu, kaum keluarga lain yang sudah tiada, melambai-lambai kepada aku daripada jauh serta memanggil-manggil nama aku seperti mempelawa aku menyertai mereka. Semuanya berpakaian serba putih (meremang bulu roma sekarang ni)

Apa aku sudah mahu mati ke? Harap masih dipanjangkan umur ini supaya masih ada ruang dan masa untuk aku betul-betul kembali kepada jalan yang betul-betul benar. Pahala boleh kira, dosa tak terkira.

Sudahlah, kamu semua boleh pergi tidur sekarang. Kisah 1001 Malam tamat di sini.

4 ulasan:

schuhz m. berkata...

paling best kalau mimpi orang yang disayangi mati. hot damn, nangis dalam mimpi, man.

Ferdows D. Isaac berkata...

Schuhz, apa nama melayu kamu ya?
haha

betul la tuh
mimpi yg sangat2 menakutkan
nak2, org yg kita syg, yg hampir dgn kita
mak, ayah etc
i tak boleh bayangkan mcm mana i nk tempuh saat2 mcm tuh nanti...

schuhz m. berkata...

exactly. selalunya bila sedar dari mimpi macam tu, mesti tergerak hati nak pergi kat orang yang dimimpi tu dan minta maaf dan rasa macam nak bertaubat semata-mata nak doakan mereka panjang umur. tapi.. tak buat pun. haha.

nama melayu terlalu panjang. tak boleh sebut online, nanti uitm cari.

Ferdows D. Isaac berkata...

haha. Betul lah tuh
nak buat, tapi nnt mcm tetiba je budak ni...buang tebiat ke?
haha

oh
ok2:)
nnt uitm cari?
u transfer melaka ke nnt?
i heard, my place da bukak course fashion?
sebelum ni x der pn.
pelik2...