Isnin, Julai 07, 2008

AKU BANGGA DENGAN CELCOM


Posting aku yang terdahulu, memang aku tak nafikan yang aku sangat marah dan geram dengan perkhidmatan broadband Celcom. Maaf-lah, dan sudah tiba masanya aku memuji kerja-kerja bermutu mereka(syarikat Celcom)

Aku kini sudah kembali ke Melaka. Nyata, jangkaan aku sebelum pulang ke sini meleset dan langsung tidak tepat.

Sebelum kembali ke sini, aku sudah mula menyumpah seranah perkara akan datang yang aku jangka dan terlalu yakin akan berlalu. Jangkaan aku, connection broadband Celcom aku akan bertambah teruk dan paling bangsat, tidak akan punya connection.

Serius, aku sedikit terkejut sebentar tadi.

Bagaimana ya? Connection di sini lebih pantas dan efisyen daripada di Kuala Lumpur? Aku pelik dan tertanya-tanya.
Jika di KL, modem aku hanya akan menyalakan lampu berwarna solid blue(menandakan terdapat connection 3G) dan connection yang hanya ditakat memuaskan/average.

Sekarang, di Melaka, modem aku menyalakan lampu berwarna teal dan tertulis terdapat connection 3G++. Hebat kan? Sangat pantas pula tuh. Sehingga aku mampu download pelbagai video dan durasi untuk download full video daripada Youtube.com juga sangat pantas. Hanya beberapa saat.

Aku begitu bangga. Kini aku tidak perlu menjadi orang dungu di kolej pada malam hari. Sudah ada internet connection dalam bilik sendiri, tau!

Sekarang, aku mahu kamu semua ke booth-booth Celcom dan dapatkan broadband ini sebelum habis tempoh promosi.

Tapi, kenapa di Kuala Lumpur tidak selaju connection di Melaka, ya?
Mungkin ini semua konspirasi Celcom dan aku rasa Celcom 'memilih bulu' dalam membuat sesuatu perkara
Sudah-lah,
(aku memang kuat berimaginasi)

10 ulasan:

cempaka berkata...

aku rasa pakai celcom sangat luzer di perlis, tapi tidak di kuala lumpur.

MaGGoT World berkata...

actually smer jer ngan maxis...maxis lak if dok tempat tinggi nanti slow connection and slalu terputus..

aifaarizwan berkata...

i know nothing.
i kat umah sewa pakai wireless curik jiran punye.
sape suruh dorang tak letak password.
pemurah agaknya :pk

Ferdows D. Isaac berkata...

Cempaka,
Perlis?
I da agak celcom ni semua ada udang di sebalik batu
haha:P

Maggot, sudah la kau. Dgr cerita 'basah' masa kat Centro hari tuh.
Haha

Aifa, apa yg u tahu haa?
haha:P
Gila tak halal curik line orang:P

ami___ berkata...

i wish jiran-jiran i pemurah jugak.. masalahnya tak. diorang semua letak password untuk wireless diorang. hmff..

ami___ berkata...

ferdows, awak kuat berimaginasi? bahaya menghadap internet tak berbaju T_T

Ferdows D. Isaac berkata...

Ami,
tak baik tauu
U should pay by yourself
Baru dapat kepuasan surf internet
haha:P

Kenapa bahaya?
I am still wearing a short
Dont get it wrong
haha:P

celkom berkata...

melaka tak ramai pelanggan. KL kongsi ramai jadi slow. Belajar kejuruteraan sikit bro..hahe

wonder linaa berkata...

ahahaa. laju keee? adoiyaiii bagus laa ;)

Ferdows D. Isaac berkata...

Celkom,
kau baca ayat terakhir tuh tak?
(aku mmg kuat berimaginasi)
Aku bekas pelajar kejuruteraan
aku tahu tuh semua
terima kasih
kau jgn baca straight, cari apa yang aku mahu sampaikan, tersirat...
Mendalam...

Lina, jgn jeles
haha