Khamis, Julai 03, 2008

Aku memang kurang bertamadun




Lihat-lah semua items di atas. Ini semua angkara Schuhz. Terpengaruh aku mahu 'membeli-belah' secara online. Tapi, haoow yeahhhh. Aku sangat suka. Tidak perlu bersesak-sesak atau mengambil masa lama untuk berfikir jika 'membeli-belah' secara 'langsung'.

Gembiranya akuuuuuu! Setelah seminggu menunggu, akhirnya naskhah Sabotaj 3 sampai pada Jumaat(27 Jun) ke rumah. aku dapat tahu tentang kewujudannya di blog ini. Terima kasih ya, Dila? Aku belum mula membacanya. Simpan dahulu, aku sedang mencari masa terbaik untuk 'menghayatinya'. Malam sabtu ini pula, aku telah menerima jemputan ke Rumah Pena. Malam membaca naskhah Sabotaj, MASKARA. Mahu tahu lebih lanjut? Di sini.

Dan, akhirnya aku punya kamera-aku-menang-membida di lelong.com.my. Tahniah kepada diri sendiri. Sebenarnya, sudah lama aku rancang mahu memiliki kamera. Tapi, kamu tahulah aku ini sangat berhati-hati dalam berbelanja. Murah saja kamera itu. Memang sesuatu yang sangat tidak aku jangka. Bangun pada petang Ahad yang lalu, terus melayari Internet dan nah! Aku 'ter'bida kamera ini kerana hanya tinggal beberapa minit sebelum tamat tempoh lelongan. Dan, aku menang kamera ini dengan harga yang cukup munasabah. Half of the market price:) Kamera baru, ok? Bukan re-con mahupun second hand.
Sekarang aku mahu mula capture every nice moment in my life(kenyataan ini memang bodoh)

Ya, aku memang sedikit ketinggalan daripada kamu semua yang cukup up-to-date.
Tapi, bila aku mula bersuara tentang soal visi kamu dan apa yang kamu mahu capai dalam hidup, kamu hanya mampu membatukan diri.

Serius, kamu tidak lagi menjadi ikon aku.
Kecewa.

3 ulasan:

Dila Raden berkata...

sama-sama

adlynn :) berkata...

cantik sungguh kamere baru itu :p
cemburu saya di sini
gaga

Ferdows D. Isaac berkata...

Dila..:))

Ad, haha
Jgn jeles
Best taw kamera I!!:P