Khamis, Julai 17, 2008

Aku pun mahu cerita tentang kucing-lah.


Hello.

Nama I, kiki. Seperti nama-nama pornstar kan? Puasa akan datang ini, masuk puasa ke-3, I bersama tuan I, si penulis blog ini. I baka campuran. Persian dan kucing kampung, mungkin. Seingat I, mak cik dia 'rembat' I yang waktu itu sedang 'menetek' di perut ibu I. Kejam kan? Selepas itu, I diberi dan dibawa pulang ke rumah tuan I dan bermula-lah fasa kehidupan baru I. I bernasib baik, tuan I menjaga I dengan penuh kasih sayang. Untuk sebulan pertama, I disusukan dengan botol kerana I masih lagi kecil dan tidak mampu mengunyah. Kemudian, dilatih untuk 'poo-poo' di pasir khas dan dilatih untuk mengendalikan selaras AK-47(ok, itu I tipu) Awalnya, selepas I mampu makan sendiri, I diberikan makanan kucing berjenama, Iams. Kemudian, tuan I mula 'sengkek' dan hanya mampu membelikan I, Friskies. I rasa umpama slut, sebab I makan makanan murahan. I malu. I memberontak. I buat mogok tahan lapar dan tidak mahu makan. Akhirnya I mengalah. Tuan I memang kedekut yang amat. 'Beduk' saja-lah Friskies.


Selepas berbulan hidup(bagi I bertahun, kerana setahun manusia=11 tahun bagi kucing) I mula merasakan I perlu mencari pasangan hidup. I dahagakan seks. I perlu kembangkan zuriat I. I mula menyundal. 'Lari' daripada rumah sehingga 2-3 hari, bermalam di sana-sini, 'bersama' dengan pelbagai spesis kucing jantan yang lain dan pelbagai perkara lain lagi. I mula bunting, I risau nanti tuan I mengamuk. Nasib I sangat baik, anak-anak yang I lahirkan semua comel-comel. Ini kerana, I sangat memilih pasangan. Sama seperti tuan I, kami hanya mencari yang perfect atau almost perfect. Di kawasan kejiranan I, I antara kucing betina sundal upper class. Golongan kucing elit. Kami tidak makan di tong sampah, tidak mengemis di restoran mamak, kami mandi dengan shampu berbau epal hijau dan kami 'poo-poo' di pasir khas. Jika tiada pasir, kami sanggup tahan sehingga pundi kencing atau usus besar membengkak. Kami hygenic cats.

I telah beranak sebanyak 3 kali. Anak-anak I semua telah merantau jauh. Daripada Pahang, hingga ke Johor Baru dan terbaru 2 ekor anak I(kali ke-3@terakhir beranak) telah diambil oleh mak cik tuan I yang lain. Dia berduit, jadi mereka agak mewah. Makan Royal Canine, tidur di dalam air-conditioning room dan pemeriksaan rutin sebulan sekali. I gembira mendengar perkhabaran berita anak-anak I. Supaya mereka membesar menjadi kucing berjaya, seperti ibu mereka ini. Kemudian, I telah 'dikasi'. Salur peranakan I telah diikat. Kata tuan I, dia sudah tidak larat mahu jaga setiap kali I beranak. Lagipun, I hampir menopaus. Apa salahnya diawalkan. Sekarang, I boleh menyundal sesuka hati, tanpa perlu takut untuk bunting lagi. I keluar masuk rumah tuan I seperti hotel. Balik hanya untuk makan dan beristirehat. Sampai tuan I geram dengan I. Cuma sekarang, ya lah. Tuan I sudah kembali belajar. Hanya dapat berjumpa seminggu sekali. Itupun jika dia kembali ke KL. Tiada lagi teman nak main cakar-cakar dengan I, main 'tiru-tiru kepala ular tedung', tiada lagi orang nak 'grip' kepala I sehingga I lemas, dan tiada lagi orang yang I boleh gigit ibu jari kaki supaya bangun untuk solat subuh. Lazimnya, I gigit sampai berdarah pun, tuan I takkan bangun. Betul tak kuat iman dia.

I rindu tuan I.

12 ulasan:

MaGGoT World berkata...

gambar pandang atas tu sumpah cute nak mati!!...

ami___ berkata...

alalalala comelnya awak ni :)

Ferdows D. Isaac berkata...

Megat, cute kan?
That's 'her' lah
Who I always mentioned before
ahaha

Ami,
Saya mmg comel
Terima kasih
:p

schuhz m. berkata...

aieee. so cute i would love to stuff her in my pillow.

thank you, i always enjoy a nice kitty post.

MaGGoT World berkata...

stuff her in ur pillow??...

u sure have a funny way to show ur feeling...hahahaha

ami___ berkata...

bukan awak the tuan, awak the kitty *buwek*

:P

I am Me berkata...

hee...stupidly cute!!!!!!!!

Ferdows D. Isaac berkata...

Schuhz,
you are welcome
Cute kan?
Tapi, 'anak-anak' baru u lagi cute:)

Megat,
Suka hati dia la nak buat apa
haha

Ami,
I wakilkan the kitty to said anything:P

Su,
comel kan?
Meh la datang rumah
ahaha

Anbreen,Aziz berkata...

ya allah.comel nak mampos kucing you punya blog.hahahaha.tawu tak i siap bayangkan suara dia mcam alvin and the chipmunks versi perempuan bila baca post ni.konon2 mcm kucing you punya suara lah.hahaha.gila lah aku nih.

Rozana Alia berkata...

KUCIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIING!

tapi sayang I allergic :-(

I love love love love love love love cats!

nordee berkata...

disababkan aku suka sangat kucing..cerita kucing kau ni sangatlah menhiburkan

a n n berkata...

awwwwwwww. .comel nya!!

gi check "kiki" tu maksudnya apa dlm tagalog k. :S