Jumaat, Julai 04, 2008

Punca obesiti rakyat Malaysia

Sudah jam 6 pagi dan aku baru pulang ke rumah.
2 jam yang lalu, aku di Mali's Corner Taman Bunga Raya.
Fuhhh! 'Pekena' nasi lemak ayam berempah disulami dengan teh tarik memang sangat 'kawww'. Gila betul. Nasi lemak santan berminyak, ayam goreng berempah 'rahsia keluarga', telur mata berminyak, juga tidak dilupakan (lagi-lagi pada jam 4 pagi) Memang kombinasi menarik yang bakal memberi jaminan aku akan menjadi salah seorang pesakit darah tinggi/kencing manis/obesiti dan bakal berperut sebesar Swan easy-bag sekolah(beg sekolah yang ada tayar, tuh) apabila mencecah umur 35 tahun (sekarang pun dah ada sikit) Aku ke sana kerana membawa teman lama yang mengidam makan Char Koe Teow (udang merah sebesar tapak tangan bayi/sangat ikhlas berniaga) yang punya peminat tersendiri. Katanya, dia melihat 'kemasyhuran' Mali's Corner di MHI. Maka, kami ke sana semata-mata kerana teman lama dan dia pun sudah mahu pulang ke Terengganu esok malam(aku patut berhenti mempromosikan Mali's Corner, kerana aku tidak akan mendapat sesen pun)

Beberapa jam lagi aku akan pulang ke Melaka sempena hari pendaftaran untuk semester baru. Aku masih buntu sebenarnya. 3 hari duduk di rumah tanpa packing apa-apa barang untuk pulang ke sana. Masih tidak bersedia agaknya. Tidak mengapa-lah, esok selepas mendaftar aku akan pulang kembali ke KL. Menghabiskan hujung minggu di kolej merupakan 'dosa' besar bagi aku. Mungkin aku akan bersungguh mengemas hari Sabtu nanti.

Selamat Kembali ke Melaka. Aku perlu 'meniup semula' jiwa aku untuk kembali membuka ruang dan perlu mengaktifkan sel-sel neuron otak aku supaya lebih kuat berusaha untuk semester baru ini. Aku tidak sabar. Aku perlukan rehat. Aku perlu mengecas tenaga.

Dan, aku perlu tidur. Selamat malam semua. Eh, selamat pagi.

14 ulasan:

ami___ berkata...

ahh, i rindu melaka...

aifaarizwan berkata...

owh, dah nak balik dah..
i dah kat KL dah pun ;)

misshetrek berkata...

yeahh,mali's corner..
the best kuey teow!
;D

Fiza berkata...

Nasi lemak J dekat Melawati dengan BRJ lagi sedap!hahahaha

schuhz m. berkata...

I used to go to Mali's a lot when I lived in Wangsa Maju.

Sekarang cuma pergi kalau ada gig di MCPA atau dipaksa mengikut teman lelaki jamming di studio kepunyaan Haq (an odd gift after a long day sitting in the studio menghidu gam kayu).

Good luck with the new term. Bosanlaaaa.

Ferdows D. Isaac berkata...

Ami, U dulu belajar melaka gak ke?
hehe

Aifa, yeah
I da kat melaka now:)

Misshetrek, tau xper
Kueh teow sana mmg terbaiikk:P

Ferdows D. Isaac berkata...

Fiza, nasi lemak J?
Tak pernah tahu pun?
haha
Nampak sgt tak top
Buwekk:P

Ferdows D. Isaac berkata...

Schuhz,
Wah! U dulu ddk w.maju yehh.Cool:)
Sekyen berapa?

Oh really
Hidu gam kayu?
Tafak?
haha
Tak sangka u ni....

Yeah
good luck to u too
I da kat melaka now
Nasib broadband celcom ni penyelamat
tak bosan sangat
U should get one for yourself?

schuhz m. berkata...

i dulu duduk at the apartment near MIIM. within walking distance je. haha. bila pindah subang jadi jakun sebab less rempitz.

i selalu pergi studio tu back when their deco was in progress k! banyak gam kayu digunakan dan tidak sengaja dihidu. gam is not my stuff.

eh celcom broadband! how much is it? been thinking of getting one for myself :)

Ferdows D. Isaac berkata...

Shuzana :P
Oh, MIIM yang dah naik semak samun dan terletak hampir di selekoh jalan tuh.
U duduk lodging height eh dulu?:)

Haha
I gurau je
Sori, komen lama lupa nak tulis
HAHAHA:p

Sekarang promosi.
RM297, free modem and 18 months contract.
The best part, our first bill akan sampai pada bulan ke-4. Sbb, RM297 tuh mewakili bayaran 3 bulan. 99x3=297:)
Tapi, ikot pakej yg u pilih la
ada 99 and 129 per month:)
I dah boleh kerja dengan Celcom ni.
haha

(how come u still can reply my cmmnts? Should be u at Perak dah now:P)

schuhz m. berkata...

Yeah dulu I duduk Lojing Heights. Selalu kena kutuk orang panggil Loji Heights. Damn rempits.

I want a Celcom broadband. I'm always seen roaming around my faculty clutching my iPhone looking for an Internet connection. Gila flashy. I need to take out my gadgets where no one can see them. I think I shall ask about that Celcom thing next week. Menyesal tak check awal-awal.

Hey, i'm still in KL. Awesome? I know. Tengah tunggu 5:30 am to mandi.

ami___ berkata...

i bercinta kat melaka. haha malunya.

Ferdows D. Isaac berkata...

Schuhz,
Damn rempit?
maksud u, yg kutuk-kutuk u tuh, rempits?
haha

Yeah. Org semua 'perrak' kot dengan gadget-gadget menawan ni
So, better keep it low
Lagipun, nanti ada ja mulut sial yang cakap kita macam show off our expensive thing
KAMPUNG betul!
Btw, u bought your phone at S'pore?
Yeah, U should get it:):)
Tell me when u dah dapat!

Good luck at Perak!

Ferdows D. Isaac berkata...

Ami,
mesti bf u tuh portugis kan?
heee