Ahad, Julai 27, 2008

Starbuck di IPTA- Satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional

Ya, perkara ini sudah lama. Aku memang ada kata ingin mengulas lanjut. Tetapi, aku sangat sibuk. Sesibuk DSAI yang tour satu semenanjung untuk menyampaikan sebuah lagi 'drama' politik tanah air. Lepas saja daripada tahanan polis siang harinya, malam hari sudah terpacak di Melaka menyampaikan ceramah. Jadi, aku memang sesibuk DSAI kebelakangan ini.

Jadi, Starbuck di IPTA(Utusan Meloya 27 Jun) Google It! Aku malas. Mulanya aku agak gembira juga dengan ura-ura begini. Kemudian, selepas beberapa sesi debat dan 'muzakarah'(seperti UMNO dan Pas), aku telah berpaling arah dan sama sekali tidak menyokong 'satu lagi projek Barisan Nasional' ini. Mengapa? Aku hanya mampu beri 6 sebab tetapi aku yakin setiap sebab yang aku beri hadir dengan hujah yang padat, mampat dan berisi. Seperti betis anak dara yang gemar turun ke sawah. Mula!


1. Wujudnya perasaan iri hati/ingin menyamakan level tetapi dengan cara salah/persepsi melampau- Umum tahu, di IPTA hadirnya 'masyarakat' pelajar daripada pelbagai latar belakang keluarga. Daripada anak-anak orang kenamaan, anak-anak orang kaya, anak-anak orang sederhana yang berlagak lebih kaya daripada anak-anak orang kaya dan anak-anak petani/pesawah/orang kampung atau lebih tepat daripada keluarga kurang berkemampuan. Jadi, dengan kehadiran kedai kopi jenama antarabangsa ini wujudnya situasi tidak stabil di mana tidak semua pelajar berkemampuan untuk membeli secawan minuman daripada kedai kopi jenama antarabangsa itu tadi. Kita ambil contoh situasi di bawah ini:

Lequisha anak kepada orang kenamaan, lahir 'atas dulang emas', biasa hidup bermewah-mewah dan memang lifestyle dia, untuk lepak-lepak borak-borak di kedai kopi jenama antarabangsa.

Markonah anak pesawah, hidup secara sederhana, kawan baik Lequisha di Universiti dan bergantung sepenuhnya pada pinjaman pelajaran setiap semester untuk menampung perbelanjaan hidup/keperluan di IPTA.

Cuba bawa masuk Starbuck di IPTA. Lequisha sudah tentu tidak hirau mengeluarkan belanja untuk minum di sana. Markonah, dalam masa yang sama berusaha juga untuk lepak minum bersama Lequisha demi bersama kawan baik dan melatih diri mencuba cara hidup baru. Tetapi sedar tidak sedar Markonah perlu berbelanja lebih. Mungkin secawan kopi yang dibayar adalah duit untuk makan tengah hari selama 3 hari. Betul? Jadi, wujud ketidakseimbangan di sini. Mana mahu Markonah memenuhi kehendak sedangkan dalam masa yang utama keperluan adalah keutamaan. Mungkin lah sekali sekala tidak mengapa, tapi kalau hari-hari? Lagi-lagi jika Lequisha si kawan baik di IPTA hari-hari mahu membasahkan tekak dengan Java Chip Frapp bersama lambakan whipped cream di atasnya. Alasan boleh diterima-pakai, bukan?

2. Pemberian subsidi kepala bapak dia- Buat apa? Apa kata subsidi itu, kamu(pihak yang berkaitan) buat peruntukan untuk membaikpulih dewan-dewan makan yang selalu 'salah' menghidangkan lauk dan 'salah' dalam mematuhi peraturan kebersihan premis makanan. Dan, alasan STARBUCK di bawa masuk adalah kerana cafe itu mempunyai WIFI connection. Tidak perlu. Apa kata, kamu buat reverse investment. Kamu tukar wang subsidi untuk membeli minuman itu tadi, buat jadi pembelian kabel-kabel bermutu tinggi, buat renovation sedikit di kawasan universiti, 'pacak' tiang-tiang ber-connection WIFI di merata tempat dan nah! Satu Universiti sudah ada WIFI connection. Ambil contoh di kolej aku, mahu guna internet percuma di library? Memang tidak relevan. Sudahlah ramai beratur mahu guna. Dengan connection macam haram jadah, mahu buka satu image daripada yahoo search mengambil masa 45 minit, Lagipun, kesian CPU yang selalu menjadi mangsa lepas geram para pelajar. Ya, di U aku mana ada WIFI lagi. Kalau ada pun di bawah library itu pun berbayar. Kamu 'pacak' tiang merata dan buka connection kepada pelajar. Dengan ini, kami para pelajar boleh buat research lebih mudah selain aktivi selingan seperti download porno banyak-banyak, chatting, social networking penting bagi kami para pelajar dan mungkin boleh cyber sex bersama teman lelaki/wanita masing-masing. Caj bulanan? Buatlah satu caj yang kami para pelajar mampu bayar dan tidak terlalu membebankan.

3. Untung atas angin- "Lick my ball" kata aku jika tiada pihak yang mengaut untung dengan membawa kedai kopi jenama antarabangsa ini ke semua IPTA-IPTA di Malaysia. Lagi-lagi sekarang merupakan zaman pentingnya kroni dan 'kabel' untuk kamu meneruskan hidup di MALAYSIA. Sebagai contoh, usul membawa masuk STARBUCK telah diluluskan kementerian pendidikan. Maka, terkocoh-kocohlah orang-orang berkaitan mencari kroni masing-masing dan sub-kan projek seterusnya untuk mereka. Bagaimana mahu berkembang perniagaan orang lain kalau perkara begini masih lagi berterusan? Contoh situasi.

ii- STARBUCK perlu ada premis atau store lot sendiri di dalam IPTA. Maka, perlu membina bangunan baru. Jadi, orang-orang berkaitan akan berikan projek ini kepada kroni-kroni mereka. Ini yang aku namakan untung atas angin.

iii- Proses membawa masuk jenama-jenama antarabangsa. Aku sebagai Pengurus Besar Starbuck mahu buka premis di dalam IPTA. Maka, aku perlu menang tender atau kontrak untuk premis baru aku ini. Aku malas, aku mahu menang cepat. Sudahnya, aku 'suap' saja orang-orang berkaitan. Itu pun aku namakan untung atas angin.

4. Mengapa Starbuck? Pergilah tolong perniagaan orang-orang Malaysia yang lain. Yang baru mengorak langkah dan perlu dibantu(aku tidak mahu mentioned perniagaan orang MELAYU, jadi aku pilih orang MALAYSIA) Sebagai contoh Old Town White Coffe, Kopitiam Bangi dan pelbagai jenama lain lagi yang pengasas dan pengurusan mereka merupakan orang Malaysia. Pergi tolong mereka. Lagipun, menarik juga menu-menu dan konsep-konsep yang mereka ketengahkan. Apa jika kamu bantu mereka ini, kurang 'masyuk-lah' kamu, ya? Cukup-cukuplah memberi keluarga kamu makan duit haram. Lagipun, kafe-kafe milik orang Malaysia ini turut punya connection WIFI dan harga mereka mungkin sedikit murah daripada kedai kopi jenama antarabangsa.

5. Lahirnya lebih ramai pelajar berhaluan kiri/menentang kerajaan/was-was dengan politik kotor negara- Hal ini kerana jika kita semua masih ingat lagi, Ketua Puteri UMNO(correct me if i am wrong) pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang membaca blog dan terdedah kepada kononnya semua fakta 'tahyul dan palsu' tentang politik negara atau perkara lain adalah 'Masyarakat Starbuck'. Jadi, sekarang aku mahu tanya. Tidak gentar-kah kerajaan, dengan kehadiran Starbuck di IPTA, akan lahir lebih ramai pelajar yang terdedah kepada blog. Kita ambil contoh jika Starbuck di IPTA. Aku ke sana dan membaca blog-blog menceritakan perihal politik tanah air, dasar kerajaan, perjuangan UMNO yg sudah jauh menyasar, kerelevanan DYMM Agong sebagai ketua agama Islam dan pelbagai perkara lain lagi. Dan, aku promosikan pula blog-blog yang aku baca kepada rakan pelajar yang lain. Secara automatik lahir lebih ramai 'Masyarakat Pelajar Starbuck'. Tidak takutkah kamu Dato' Noraini Ahmad? Rujuk di sini untuk lebih lanjut.

6. Sebab terakhir ialah aku memang genius dan kamu lantik saja aku jadi penasihat menteri pendidikan. Banyak benda lain tentang sistem pembelajaran di Malaysia ini perlu kamu fikirkan daripada kamu mengusul idea bodoh kamu, mahu bawa masuk STARBUCK/DUNKIN DONUT/NASI LEMAK MAK JAN ke dalam IPTA, ya? Nampak sangat orang-orang di pejabat kementerian pendidikan tidak buat kerja kan?

Pendapat kamu?

*Nasi Lemak Mak Jan sudah lama 'dibawa masuk' ke dalam UiTM Melaka.

4 ulasan:

MaGGoT World berkata...

nasi lemak mak jan??

sedap plak bunyi dier di ptg2 hari ini bile terbayang nasi lemak panas..bersama ayam goreng..uish..

BAHAGIA!!

ledisordre berkata...

hujah2 yg baik. dan menggeramkan.

nasi lemak mak janda? dari bukit beruang?

Ferdows D. Isaac berkata...

Maggot, mak jan nasi lemak terbaik yg hanya ada di Melaka
5 bintang setengah aku bagi;)

Ferdows D. Isaac berkata...

ledisore,
maksud menggeramkan?

bukan bukit beruang
Tetapi, lendu hampir dengan Rembia
Budak2 Itm melaka mesti tahu:)