Rabu, Julai 09, 2008

Tak cukup lagi ke? Habis berita hiburan pun kau mahu putar belit, Utusan Meloya?

Aku sudah cakap. Wartawan mereka semua tidak berkredebiliti. Menulis secara hentam keromo, dan aku rasa mereka semua Master in Tipu dan Putar Belit Fakta. Hatta, masyarakat yang memang selama ini hidup secara 'nganga dan suap' menerima bulat-bulat segala apa yang mereka tulis dan war-warkan. Lagi-lagi, masyakarat 'kasta kedua' yang tidak tahu menggunakan internet dan tidak punya saluran televisyen satelit.

Aku tidak suka betul band yang aku lihat mampu pergi jauh dan berkarisma(lagu sendiri, ok?) keluar gambar di surat khabar, tetapi nama vokalis mereka ditulis menjadi vokalis band lain yang tiada kena mengena dengan konsert yang dianjurkan dan band yang aku rasa sudah tidak relevan lagi wujud memperjuangkan indie music.

Ada ke patut, vokalis Meetunclehussein, namanya ditulis sebagai Noh? Marah betul aku.
Lembu punya susu, sapi dapat nama. Meetunclehussein yang performed, Hujan yang punya popular.

Untuk bukti. Di sini,(utusan Meloya) dan sini, (blog yang aku jumpa sebab google siapa nama vokalis Meetunclehussein)

Dan, nama vokalis Meetunclehussein yang betul ialah Lan, bukan Noh.

Mungkin semua reporter-reporter di Utusan perlu 'kembali menyekolahkan diri'. Ikut sikit perkembangan semasa. Jangan asyik mahu tipu fakta bilangan peserta demonstrasi dan highlight berita-berita yang sentiasa menyebelahi dan menutup kesalahan-kesalahan kerajaan Malaysia.

Hidup Nas Ahmad! (Melodi)

8 ulasan:

cempaka berkata...

"Kumpulan-kumpulan yang menjayakan festival itu antaranya Meet Uncle Hussein yang kini sedang top dengan lagu-lagu mereka yang agak bingit seperti Lalala Kerjalah, Dari Di Bawah Angin dan Lagu Untuk Mu telah menarik perhatian ramai."

tak tahu menahu pulak aku kalau Meet Uncle Hussein ade nyanyi lagu Dari Di Bawah Angin. hrmf

gadisjahat berkata...

mak rasa biarlah mak yang jadi reporter nok. reporter tu takda bakat langsung nak cover story indie indie ni. dah sah sah noh dekat bandung masa indie fest.

mak ingatkan jadi wartaman fikiran maju ke depan. rupanya lame jugak. tak dapat beza ke noh dengan lan? haih, ni mak nak meramuk ni. mak marah sangattt.

kesimpulannya, yang maki mak tu noh, bukan lan. bahaha. what-so-ever-lah nyahhh mak dah tak heran.

btw, yang kau punnnn, bukan ke orang panggil abang nas rambut ketak? ada ke nash? gila lameeeeee. hahaha.

weh, mass comm uitm part kau takda assignment lagi ke?

Ferdows D. Isaac berkata...

Cempaka,
That's why!
Bodoh kan?
Geli hati I walaupun marah

Ferdows D. Isaac berkata...

Awin, betul
Kau je yang layak aku rasa nak menulis pasal indie indie ni
Aku bangga dengan kau
Kau dah jadi ikon aku.
Haha

Aku tahu. Aku tak cakap lan yang maki kau.

And yeah, aku mmg lameeeeee kot.

Not yet
Kelas pn mcm nak tak nak je lecturer buat
heh

ami___ berkata...

ish ish, tak buat research ke sebelum tulis artikel. teruk betul!

Ferdows D. Isaac berkata...

Ami,
mungkin kita patut buat mogok, suruh rombak barisan wartawan mereka

and u know, this is the second time i think
I ingat i pena baca the same news bout meetunclehussein, still tulis Noh, not Lan
Geram!

starrocker berkata...

Aku tak heran lah dengan cerita hiburan2 ni..noh ke..lan ke..ape ke..
Tapi biasalah,media ni mmg suka putar belit cerita/nama/nama bapak mak abg kakak adik..
lagipun indie scene Malaysia tak menarik.
lagu orang puteh pon aku tak minat.
aku minat lagu ala2 mak yong,ghazal,zapin.
wacayalah lu dhaus!

Ferdows D. Isaac berkata...

Sofia,
Wacaya sama lu jugak!
Current song now- Patahlah Hati by Sudirman
haha