Rabu, Ogos 20, 2008

Bangsa 'Malaysia' yang kita uar-uarkan



*Yang tengah itu abang aku

Ini barulah apa yang orang katakan bangsa 'Malaysia'. Sebenarnya, dalam salasiah keluarga aku, ramai yang tidak berkahwin dengan orang Melayu. Aku tidak tahu kenapa. Daripada pak cik-mak cik, hingga ke kakak saudara aku memilih untuk berkahwin campur; daripada orang Arab, Jerman, Kuwait dan terbaru yang mengikut ialah abang aku sendiri. Memilih perempuan berketurunan Kadazan/Dusun untuk dijadikan isteri. Mereka sudah lama bercinta, 10 tahun dan kakak ipar aku sudah hampir 2 tahun memeluk Islam, if I am not mistaken. (tiada apa yang dibanggakan di sini)

Jadi, aku telah terbiasa membesar dengan pelbagai budaya. Dipengaruhi kaum keluarga mahupun sahabat handai. Perkara ini membuatkan aku tidak hirau dengan cadangan untuk membuka kuota 10% UiTM kepada bukan bumiputra.(asalnya aku tidak berapa setuju, kemudian setelah sesi 'briefing' dan 'basuh membasuh'; aku menjadi tidak kisah dan mengalu-alukan kedatangan mereka)

Come on guys, get out from your freakin comfort zone.
Kata mahu saingi Cina/India? Mahu ada satu bangunan seperti Plaza Low Yatt, Bukit Bintang, Sungei Wang yada yada yada?

Biarkan mereka diterima masuk ke UiTM. Sampai bila kita nak bersaing sesama bangsa sendiri saja? Tak maju, beb.
Mungkin dengan kehadiran mereka, kita akan melatih diri untuk bercampur-gaul, beramah-mesra dan sekali gus jika kena tempatnya, belajar sikit-sikit ilmu perniagaan mereka. Bangsa lain memang hebat berniaga. Daripada tokan besar kasino hingga kepada taikun syarikat penerbangan tambang murah. Ada bangsa melayu yang jadi pengasas atau pemiliknya? Yang ada Melayunya, mungkin pengasas syarikat MLM. Memutar Lantas Membelit. Ya tak?

Lagipun, aku sudah cukup 'alah bisa tegal biasa' dengan anak-anak Melayu yang tidak macam Melayu, anak-anak separuh Melayu dan ada yang tidak mengaku Melayu.
Sama saja rasanya kalau dibawa masuk bukan bumiputra ke UiTM. Nothing, I tell ya' nothing. Dan ingin aku tegaskan, Khalid Ibrahim sebenarnya tidak perlu menarik balik kenyataan beliau.

KATA NEGARA DEMOKRASI? Setiap rakyat boleh bersuara menyampaikan pandangan mereka?

Jadi, Khalid Ibrahim hanya menyuarakan PANDANGAN beliau. Bukan terus menggubal akta atau undang-undang sedia ada.

mengapa masih cepat melatah? Mahu buat mogok jalanan, pakai baju hitam, batalkan kuliah semua?

Bull shitlah macam ini.

2 ulasan:

adlynndiyana. berkata...

high five ;)

Ferdows D. Isaac berkata...

ad,
that's why
I tertarik pada u
sbb, u darah cina kuat
hahahah xD