Khamis, Ogos 07, 2008

#@$%%!!!*%&%*


Seharian Melaka hujan lebat.
Kadang berhenti, kadang renyai dan kadang lebat semula.
Seharian.

Matahari tak menonjolkan diri dan cuaca begini memang pasti menyebabkan ramai pelajar akan terus menyambung tidur daripada pagi membawa ke petang dan terus ponteng 2-3 kelas.

Tapi, tidak bagi aku. Walau mengantuk mana sekalipun dan for sure aku akan 'jauh melayang' di dalam kelas, aku akan menghadiri juga kelas.

Lagipun, satu kelas saja hari ini. Apa-lah sangat mengorbankan waktu tidur untuk 2 jam. Sekejap saja.

Tamat kelas, lunch dan terus tidur.

Aku baru bangun.

Dan sekali lagi, perasaan yang aku benci terus menyinggah menghantui aku.
Dengan mamai-mamai dan sedikit blur selepas baru bangun tidur...
Aku tidak tahu bagaimana mahu menerangkan perasaan yang aku alami.

Kusut. Sedih. Tertekan. Geram. Ingin ajak orang bertumbuk. Bercampur-baur.

Aku pun tidak tahu mengapa. Lebih kurang seperti tiada ketenangan jiwa.

Ya-lah kan, bangun-bangun tidur terus terlintas dalam fikiran segala apa kerja yang belum disudahkan, masalah dengan orang itu, masalah dengan orang ini dan benda-benda menyakitkan hati.

Minggu ini aku tidak pulang ke KL. Dan, the best part is 2 minggu lagi mid semester break.
Masalahnya, aku balik rumah Jumaat minggu depan pun seluruh ahli keluarga aku tidak ada di rumah. Mereka akan ke Sabah by next week Thursday kerana isteri abang aku(mereka baru berkahwin) akan mengadakan majlis di sana. Kata orang, rumah sebelah perempuan pula. Isteri abang aku bangsa kadazan/dusun dan baru memeluk Islam selama 2 tahun. Tapi, aku yakin dia lebih Islam daripada 'kita' yang Islam ini. Heh.

Dan, satu perkara yang aku perasan. Semester ini aku agak pasif. Segala apa tugasan, group work, proposal aku malas-malas mahu buat dan akan menyiapkan sesuatu kerja beberapa jam sebelum tugasan perlu dihantar. Aku tidak tahu mengapa aku jadi begini. Malas. Sedangkan, aku ada banyak masa terluang.

Aku sedih dengan sikap sendiri.

*
Soalan- Tidak sangka orang lelaki pun boleh 'Jiwa Kacau' dan tertekan ya?

Jawapan- Ye lah. Kau ni macam bapak kau muda-muda lah. Apa orang lelaki ini tiada perasaan ke? Kami pun perlu sedikit ruang untuk diri sendiri.

10 ulasan:

cempaka berkata...

aku cuma rajin bila 1st sem. sem-sem lain jadi mayat hidup di kelas.

MaGGoT World berkata...

Buat pertama kali dalambeberapa bulan Bangi dibasahi hujan lebat..

sgt sronok aku menyambut kedatangan hujan...lepas mandi hujan berselubung pula diataas tilam empuk...

for the 1st time bangi seems like heaven!!

Btw lelaki pun bole kene syndrom PMS...hahaha

Ferdows D. Isaac berkata...

Cempaka,
Yer la tuh
Last sem was my first sem
That's why
hahaha:))

Maggot,
Lu ada text wa kan?
Sori tak reply bro
Aku tak balik lah
Busy
Wah!
bangi hujan ya!
aku rasa ni smua tanda2 kecil kiamat lah!
:P

alyaa berkata...

yes, ni alyaa la ni :)

nordee berkata...

kalau perjalanan hidup sama jer mesti boringkan..jadi hidup ni memang kaya dengan masalah..baru graf hidup ada naik dan turunnya..hehe

shaa berkata...

jiwa kacau? mestila laki pun. hellooo. ;p haha. ur silly. inmy school,kitorang panggil J.K. (jiwa kaca utk perasaan yg lebih kusut). hee.

schuhz m. berkata...

last friday i pergi party. then i opened a booth dekat bazaar saturday and sunday. sunday night pergi tengok toe sampai pukul 6 pagi. monday morning bus was at 8:30. sampai campus ada class, kena submit and present assignment yang belum siap.

dah cantik pakai baju kurung. jalan sampai hujung kolej. patah balik, tidur dari pukul 4pm sampai 1 petang esoknya.

power tak!

Ferdows D. Isaac berkata...

Nordee,
betul!
terima kasih
Mengajar di sabah ya, bah?:P

Shaa,
Yer i know
heloooo back
haha
Kitorang pnggil JICAU
heh

Ferdows D. Isaac berkata...

Schuhz,
MEMANG POWER!

almost 24 hours u tidur
Kan?
Kalau dah 4 petang smpai 1 tgh hari esok

U kena check dgn doctor ni
Hahaha

schuhz m. berkata...

i memang power!

kawan i cerita, kalau kat MMU orang dah keliling baca doa yassin. macam mayat pulak.