Rabu, Ogos 06, 2008

Charlie/Cali dan Nenek Sudah Kembali. Takut Takut Takut.

Tepat jangkaan aku. Sangat tepat.
Seperti yang aku teka, aku telah digigit/disengat serangga. Insect bite.

Tapi, ini bukan digigit. Aku sudah kena charlie/cali. Antara micro insect yang digeruni setiap pelajar di kolej aku. Aku tidak berapa yakin sama ada ramai atau tidak tahu tentang serangga 'kejam' ini. Tetapi aku tahu di UiTM Penang juga mereka kenal apa itu charlie/cali. Same thing goes to budak-budak politeknik Kuala Selangor. Ini kerana, kawan-kawan aku ada di sana dan mereka pernah bercerita. Oh ya, aku juga tidak tahu nama saintifik mahupun nama sebenar serangga ini. Cuma, telah lama dikenali sebagai charlie/cali.

Serangga kecil yang tidak menyengat mahupun menggigit. Cuma perlu lalu /jalan pada setiap inci kulit manusia. Sama ada pada kaki atau 'bontot' serangga itu, mempunyai cecair/asid yang akan menyebabkan kegatalan, keradangan, kulit menjadi merah seperti udang kena bakar, dan berbisa. Mungkin akibat ini lah aku demam selama 3 hari di KL tempoh hari.

Kata orang ini, charlie/cali ini serangga yang hanya ada di kawasan sawah padi. Kata orang itu, charlie/cali ini serangga hutan yang rare dan 'kejam'. Aku tidak pasti.

Pagi Isnin yang lalu, aku ke klinik UiTM. Cukup sempurna dan aku masih tidak tahu mengapa ada segelintir pelajar yang masih merungut dengan peruntukan wang makan dan medical percuma, TANPA SEBARANG BAYARAN.(perihal pak/mak guard, cerita lain)

Seperti mahu terbeliak biji mata doktor perempuan itu apabila aku tunjuk radang kulit pada bahu aku yang makin memerah, dan telah merebak pada lengan aku. Salah sendiri, aku pergi menggaru bagai nak gila, dan daripada cecair pada kuku telah menyebabkan ianya merebak. Kata dia

"eh, ini macam kayap"

Kemudian aku tunjuk pula lengan aku

"Oh, saya dah ingat. Awak tahu charlie/cali? Awak dah kena ni. Habislah, kurang comel nanti. Sebab 'benda' ni akan berkesan/tinggalkan parut" (kurang comel itu, mmg dia cakap ok. Aku tak tambah)

Aku jawab. "Ya ke doc? Tolonglah doc, saya dah tak tahan. Bisa sangat. Boleh minta injection tak?"

"Oh, terlalu drastik. Nanti awak mengantuk dalam kelas. Tak apa, saya bagi pil untuk gatal-gatal dan ubat krim ok?"

Aku dalam hati, "hmm. Memang agak kedekut"
Kerana aku tahu, kos injection itu sangat mahal. Sudahnya, aku pulang ke bilik dengan muka hampa dan masih menggaru-garu. Bisa beb!

Sudah lebih 24 jam berlalu dan nasib ubat yang dibekalkan berkesan.
Cuma, betullah kata doktor. Sudah ada 'bayang-bayang' yang benda ini akan meninggalkan parut. Nasib baik di atas bahu(sebesar syiling 20 sen/orang takkan nampak jika berbaju) Cuma, aku tak berpuas hati kerana ada dua titik kecil di bahagian tepi kiri leher. Penat aku nak menjawab bila orang tanya

"wah, cantik leher bang? Siapa gigit?"

lekas aku betah "Charlie/cali lah! Apa kau ingat aku mcm orang lain mahu show off love bite? Babik"

Dan, parut berbentuk bulan sabit pada lengan kanan. Damn. Nasib ada bentuk seperti tatoo sikit-sikit. Mesti akan nampak cool&rare. Haha.

Akibat aku sudah 'kena' charlie/cali, roommate aku semua sudah mula fobia. Sekarang tidur semua tingkap kena tutup. Tingkap bilik aku menghadap hutan tahu! Cuma, aku tak pastilah hutan masih dara atau hutan belantara pernah diteroka. You get what I mean?

Dan, sekarang sudah hangat kembali. Beberapa orang sudah nampak 'nenek' kembali. SERAM. Nenek berpakaian seperti orang mahu ke bendang, membalut kain batik di kepala, dan berkurung kedah. Baju kurung lengan tiga suku tuh. Beberapa kali kelip mata dan hanya orang 'bernasib baik' akan nampak. Minggu lepas 2 orang sudah nampak. Gila combo kan?

NANTI AKU SAMBUNG.

Oh ya, aku bersyukur. Nasib aku tidak kena Charlie/cali pada 'tempat sulit'. Damn! aku tak dapat bayangkan kalau kena di 'telor'. Mesti akan menggaru bagai nak gila dan kulit 'telor' pun akan memerah dan tinggalkan parut kan?
HAHAHAHAHAHAHA

Aku bersyukur. Sangat bersyukur.
Thanks God.

13 ulasan:

ki[n]ky berkata...

i knew charlie.time i study kat gopeng dulu, ada gak.worse, dia suka jln2 kat muka.pity my frens..muka sorang2 berparut dah mcm penjenayah tp xganas.

heh,can u show me the mark?

Ferdows D. Isaac berkata...

Oh really
gopeng ada kolej apa ye?:)
Ya'right!
my fren kat penang kena kat muka lah!
kesian
heee

Show u the mark?
malulah:P

nettnadia berkata...

sapu minyak gamat kat situ..
aku dh penah kene dulu, tepat2 kat batang hidung... alhamdulillah, bila sapu minyak gamat, bende tu hilang & tak tinggal bekas...

adlynndiyana. berkata...

hahahahahha
aduhai
i didnt know that thing has name :p
anyways,
love bite?
fuhhhh
lame siod ta jumpe u
i nk jugak tgk love bite charlie :D

Ferdows D. Isaac berkata...

Nettnadia,
Thanks for ur advise
I did it
So far, luka ni dah kering
Macam sikit-sikit parut tuh nak hilang
cuma, kat lengan ni lah
Haih
Tak seksi dah:P

Ad,
Apsal gelak?
hahaha;))
By the time u jumpa, dah ilang kot
hahaha:))

schuhz m. berkata...

my campus pun ada charlie. sem lepas teruk, pagi buta buat drawing, charlie segerombolan datang melepak atas drawing. pukul guna pembaris, habis drawings ada kesan hijau cair.

anyway mereka sangat gatal. orang kata anak belalang.

Ferdows D. Isaac berkata...

Schuhz,
U pun ada ya?
Wah. Setiap negeri la macam ni
Cuma orang kenal nama-nama lain

Anak belalang ke?
Lain macam je

Btw, luka dah kering
Cuma, yeah ada parut
Damn

The Shoplifters berkata...

masa i study kat penang pun ade charlie jugak! nasib baik i tak kena gigit, tapi takut lah even time nak mandi kena berjaga2 takut kat shower ade charlie. eee..

ade lagi ke nenek tu sekarang? eee seram!

-ami

Ferdows D. Isaac berkata...

Kat Penang mmg berlambak kan kan kan?
hehe

Nenek i tak tahu
mcm dah surut sikit
heee

Tanpa Nama berkata...

omg....aku bru kne charlie kat uitm perak..bf aku tudoh aku ada laki lain!!!! mentang2 die kat kl aku kat perak...haha!! i hate cali!!!

Tanpa Nama berkata...

cacat yer cali... kena kat pipi ni ha... naib baik x besar mana... takut berparut!!!! cam mana x nak bagik parut

Tanpa Nama berkata...

aduhhhh....kini aku lak lagi teruk kot?? dulu pernah terkena kat leher, trus kawan2 sakat kata ada jantan buat lv bite kat aku...oit, aku ni suci lagi la...p.we pun xder..kini aku terkena kat muka lak...hbis kebas bibir aku, xrasa apa bila makan...muka, dagu....siap ko cali, ti aku gam ngan tape..

Tanpa Nama berkata...

haha. nice derr. ak pon kene jugak. ta pasal2 mke ak dapat palang bagai. tp syuker ar ta jls n suda kmbali smbh sdkt2. hihi. yg trk ak pnh kne at mate n lengan. pehh. msyok la en. smpai p kls kne cver ngn spek bagai. :D