Ahad, Ogos 24, 2008

Entri mengayat@menghayat hati? (sila jawab)

Kurang lebih 3 jam lagi, aku akan kembali ke Melaka.
Cuti selama seminggu sudah hampir melabuhkan tirainya.(ayat memang tak boleh blah)

Jam sudah hampir pukul 4 pagi dan aku masih tidak mampu melelapkan mata.
Pukul 7 nanti, aku akan bangun, bersiap dan menunggang motorsikal berkuasa rendah aku ke Melaka.
Kematu punggung bai!
Sebenarnya, akibat daripada insiden yang berlaku tempoh hari, mak ayah aku tak membenarkan aku menunggang motorsikal ke Melaka.
Aku ingatkan, mungkin mereka akan decide untuk down payment kereta untuk aku, tapi hampehh. Tidak mengapalah, nanti belajar pandai-pandai, kumpul duit dan beli kereta sendiri. Tapi, lama lagilah. Arghhh!
Aku berkeras juga untuk membawa motorsikal pulang ke Melaka, kerana bulan puasa lagi seminggu dan aku memang suka berlagak diva. Sorrylah aku ingin berjalan-kaki-hingga-basah-ketiak untuk ke kelas. Lagi-lagi, dengan puasanya lagi. Memang tak dapat la jek.
Oh ya, orang-orang perempuan semua ini, dah ganti puasa kamu? Ganti cepat. Nanti 'hutang' banyak-banyak susah tahu.

Aku gagahkan diri aku ke Melawati sebentar tadi. Niat mahu berjumpa si gemuk untuk kali terakhir sebelum aku pulang ke Melaka dan dia akan kembali ke Ausy jumaat minggu hadapan. Tapi, aku datang dia tengah 'crack' pula. Memang potong habis. By the way, terima kasih untuk bekalan free selama aku di KL. Dan, aku memang confirm tak akan jejak lagi ke sana sehinggalah gemuk kembali ke Malaysia.

Kepada para pelajar 'bumiputera' UiTM. Selamat kembali ke kampus masing-masing.
Jangan buat lagi mogok-berbaju hitam-tetapi-tidak-tahu-tujuan-berkumpul-beramai-ramai, ya?

Sudah aku mahu tidur. Badan sakit-sakit ini. Aduhai.

Tiada ulasan: