Jumaat, Ogos 15, 2008

Jasa Kepada Rakyat

Kata sammy vellu tidak lama dahulu.
Terima kasih.
Satu lagi projek kerajaan barisan nasional.

Aku sudah ada di rumah untuk bercuti selama seminggu. Aku rasa tidak akan 'bercuti' pun kerana aku ada lambakan assigment. Eeee... Teruja mahu menyiapkannya secepat mungkin.

Jadi, aku telah menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah daripada Melaka. Ya, motorsikal. Kamu ada masalah kerana aku bermotosikal? Kamu sudah set minda kamu, orang-orang yang bermotosikal semua adalah mat rempit? Kamu yang bermasalah sebenarnya kerana terlalu cepat untuk menilai orang lain. (Aku punya pengalaman dengan orang-orang begini) Itu saja kemampuan aku buat masa ini, lagipun jika kamu berkereta sekalipun, kamu tidak layak untuk 'menghina' orang bermotosikal kerana kereta kamu itu wang hasil ibu bapa kamu (Bagi yang masih belajar dan mempunyai masalah dengan orang bermotosikal)

Ok cukup. Jadi sepanjang 2 jam perjalanan aku untuk tiba di rumah, aku tiba-tiba merasakan bahawa relevan dan perlunya lebuhraya-lebuhraya di Malaysia mengasingkan antara lorong motorsikal dengan lorong kereta/lori/bas/treler.

Aku hampir 'dijemput' pulang ke rahmatullah sebentar tadi. Mengucap panjang aku bila mana sebiji tayar daripada sebuah lori lapan tayar meletup dan ketika itu aku berada di lorong motosikal/emergency lane(bersebelahan dengan lorong lori lapan tayar) Aku menggigil dan tidak tahu bagaimana mahu membayangkan semula kejadian sebentar tadi. Seriously, tayar lori apabila pecah akan 'terkeluar' daripada mangkuk rim dan cebisan-cebisan tayar yang besar melayang-melayang ke udara. Kemudian lori akan mula hilang kawalan dan membahayakan penunggang motorsikal yang berada di lorong paling kiri. Pucat muka aku tadi dan bersyukur kerana aku memberi respon yang pantas dan segera mengelak daripada cebisan tayar yang sedang melayang di udara. Aku tukar haluan ke lorong kedua lebuhraya dan terus memecut seperti Rosyam Nor di dalam filem KL Menjerit (walaupun dia hanya 'memecut' di atas lori yang sedang bergerak: Cerita lain)

Sudahlah aku berseorangan tadi dan terlambat bangun pagi, lalu aku terpaksa travel di bawah sinaran matahari perit. Habis terbakar kulit tangan mulus mak, nok.

Aku singgah berhenti di R&R Seremban, beli minuman dan duduk lama di cafe Petronas Seremban sambil 'ulang tayang' kejadian tadi. Huishh, kalaulah aku tak sempat mengelak....(sila sambung sendiri)
Aku terus called mak yang sedang shopping 'sakan' di Pasar Filipina Kota Kinabalu dan cerita apa yang telah terjadi tadi. Mak aku cakap "Nasib malaikat melindungi kau" dan dia tambah selepas ini tak perlu bawak motorsikal ke Melaka. "Mak balik nanti kita terus pergi bayar down payment kereta" (Ini aku tambah dan memang aku tipu)

Jadi kembali kepada topik JASA KEPADA RAKYAT. Pengasingan lorong aku rasa perlu dijalankan segera lagi-lagi memang ada kajian yang menunjukkan peratusan kemalangan maut yang dicatatkan adalah PENUNGGANG MOTORSIKAL. Masalah sekarang bukan tentang Malaikat yang telah melindungi aku, Terima kasih by the way, tetapi masalahnya ialah sampai bila lorong motorsikal akan berkeadaan begitu. Terpaksa bersaing dengan kenderaan berat yang dipandu secara gila 'babi=haram' kerana lorong motorsikal/emergency lane bersebelahan dengan lorong paling kiri yang lazimnya untuk kenderaan berat. Jadi di sini aku rasakan pihak terlibat perlu mengambil kira untuk:

1. Buat tembok batu atau palang besi di antara lorong motorsikal dengan lorong paling kiri lebuhraya.

2. Tambah jarak supaya lebih jauh. Mungkin lorong motorsikal boleh dilebarkan menjadi sebesar lorong kenderaan biasa (Kamu tahu tak, bila motorsikal lalu disebelah kenderaan berat, 'angin' yang 'dibawa' kenderaan berat itu umpama menolak kuat atau menyedut motorsikal untuk 'menuju' kepada tayar-tayar yang sedang berputar laju) Seram kan?

3. Lebih menarik lagi, aku setuju tentang pendapat MM yang ini. Hapuskan/kurangkan cukai untuk superbike dan kurangkan pengeluaran motor berkuasa kecil. Sebenarnya memang murah pun harga superbike. Sebagai contoh, Yamaha R1 di singapura harganya RM12K, ringgit Malaysia tahu. Cuma di sini, 'ramai' sangat yang mahu makan 'duit senang'. Jadi kenakan cukai 300% dan terus jadi puluh ribu. Lagipun, jika superbike murah, kurang-kurang aku akan sentiasa di fast lane. Boleh memecut laju, jauh daripada kenderaan berat, dan bikin itu Sammy Vellu bengang lalu mahu haramkan superbike masuk lebuhraya. Sekolah ke tak sekolah orang tua ni?
Memang ada superbike yang murah 'keluaran' Naza. Pernah dengar Naza Blade? Memang murah tetapi kualiti hancur. Sebenarnya bukan 'keluaran' Naza pun. Tapi 'dibawa' masuk oleh Naza(aku tak pasti daripada negara mana), ditukar nama daripada Hyosung kepada 'Blade' dan jual pula kepada rakyat Malaysia (Sama, kan?) Sangat tidak efisyen. Banyak lagi cara lain untuk menurunkan harga superbike/menjual superbike dengan harga murah.

Enough said. Aku mahu mandi dan bersiap. Aku mahu ke KLIA. Kawan karib aku sudah mahu pulang ke Malaysia. Aku mahu jemput dia. Kurang-kurang aku tahu dia ada belikan aku 'sesuatu'. Sesuatu itu apa? Rahsialah. Kamu google Mr. Bean Bour-bong bottle.

:P

Tiada ulasan: