Khamis, Ogos 21, 2008

Kehilangan momentum

Sudah 6 hari aku bercuti dan tinggal kurang lebih 48 jam sebelum aku pulang ke Melaka.

Cuti-cuti ini, aku ibarat aku-tidak-tahu-nak-cakap-apa. Aku tidak ke mana pun. Cuma sudah beberapa hari berulang-alik daripada rumah aku ke Lembah Keramat. Lembah Keramat rumah aku. Itu saja kerja aku beberapa hari ini.

Cuma, yang membuatkan aku nampak sedikit sibuk ialah kerana perlu menghadiri beberapa buah majlis perkahwinan.

Semalam siang di Masjid saksi-Wilayah-angkat-sumpah-si-mangsa-liwat. Mak kawan aku berkahwin baru.

Semalam malam pula di Lembah Keramat, majlis akad nikah juga aku hadiri. Kakak kawan aku pula.

Back to topic. Sudah beberapa hari aku menjalani kehidupan dalam keadaan separuh sedar.
Setiap benda yang aku lakukan, aku akan lagging. Lambat.
Jika aku ingin melakukan sesuatu, aku akan lupa dalam masa beberapa saat.
Tiba waktu makan, aku akan makan seperti mangsa kebuluran. Tidak ingat dunia, tidak pandang orang keliling.
Dan, sehingga sekarang senarai lagu yang aku dengar pasti akan terselit kisah tentang 'herbs'.

Aku sebenarnya agak tertekan.
Daripada kisah yang masih tergantung daripada 2 minggu lalu, sehingga kisah ayah yang baru berhenti kerja.
Ok, kisah ayah tidaklah membebankan aku sangat.
Kerana, dia bekerja pun suka-suka. Takut bosan duduk di rumah, kata dia. Ayah sudah tua. Hampir 60 tahun. Duit dia di dalam akaun bank, cukup untuk dia menyara keluarga sehingga akhir hayatnya, kata dia juga. Orang tua sebenarnya memang mudah kecil hati. Jadi, dia telah berkecil hati dengan statement bosnya di tempat kerja, lantas pulang dari Sabah, minta aku taipkan resignation letter dan dia terus fakskan ke pejabatnya. Bapak aku memang 'kering'. Aku sudah taubat untuk menjaga setiap tutur bicara aku, kerana pernah dia tidak menegur aku selama 3 bulan. Kerja gila dan ya, dia memang 'boleh' buat.

Jadi, selama seminggu ini, aku lebih banyak menghabiskan masa dengan bergelak ketawa, berfikir panjang, sangat panjang, dan bermalas-malasan di rumah. Seperti tadi, aku tidur seharian. Letih juga tidur seharian ini ya?
Bangun pukul 11 pagi utk merokok, dan sambung tidur kembali selepas Zohor.

Tugasan-tugasan aku semua sangkut. Tak bergerak. Eh, adalah sikit. I've done the interview.

Sekarang, aku masih rasa kebas-kebas seluruh badan. Sebenarnya, ini bukan sakit atau apa. Ini kesan benda lain. 4 malam berturut-turut. But still, Bob Marley is a legend.

Sudahlah. Aku sudah jauh menerawang. Mengarut. Merepek.
Aku masih mencari jawapan mengapa aku perlu berterusan begini.

2 ulasan:

schuhz m. berkata...

kehilangan momentum ni agak susah kalau you pelajar seni. takda semangat nak lukis. macam i :(

anyway, kali ni you kalah. 8 hari berturut-turut.

Ferdows D. Isaac berkata...

Shuz,
ye la tuh
Nasib I tak pandai melukis:P

Cyehh!
nk menang jugakkk!
I still sakit-sakit badan la
haih