Jumaat, Ogos 15, 2008

Rakan aku, rakan kita, rakan kamu; bukan Rakan Muda

Aku sebenarnya kurang selesa dengan orang yang mempunyai masalah, tetapi melibatkan orang lain. Ya, aku mengaku semua orang pun begitu. Aku pun turut begitu. Sebagai contoh, jika aku mempunyai masalah dan beban berat yang masih belum diselesaikan, aku lebih senang 'menarik' muka dan kurang bercakap. Orang yang kenal dan tahu aku bagaimana akan menerima jika aku sebegitu dan mereka akan ambil jalan untuk tidak menegur aku. Bagus dan terima kasih kerana mengambil tindakan yang bijak. Kata orang, jika kamu mahu kenal dengan orang itu, bukan mereka yang perlu berusaha untuk mengenali dan menyesuaikan diri dengan kamu. Tetapi, kita/kamu sendiri yang perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dan menerima mereka seadanya. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Tetapi, maksud aku melibatkan orang lain disini ialah kamu bermasalah, tetapi kamu tidak mahu beritahu orang lain yang kamu bermasalah dan orang sekeliling kamu akan menganggap kamu o.k dan tiada apa-apa terjadi. Jadi, orang sekeliling kamu bergurau/bercakap/bertepuk-tampar dengan kamu. Di mana, kamu tidak kisah dengan gurauan/ayat-ayat orang sekeliling kamu seperti masa-masa sebelum ini. Tetapi, perkara menjadi serius apabila orang keliling kamu baru tersedar kamu bermasalah dan telah menyebabkan kamu menjadi lebih 'kusut'. Kamu telah menjadikan gurauan/kata-kata orang sekeliling yang sebelum ini kamu mampu telan dan betah semula, sebagai one big issue dan telah menjauhi orang sekeliling kamu. Lebih memburukkan keadaan, orang sekeliling kamu yang telah tersedar mereka mengusutkan keadaan telah meminta maaf, tetapi kamu mengambil sikap berdiam diri dan lebih selesa untuk menghukum orang sekeliling yang masih lagi serba salah terhadap kamu dengan cara begitu. Susah sangat ke jika mahu ungkapkan kata-kata "ya, aku maafkan kau".

Aku sangat kecil hati dengan orang-orang begini. Ya, kamu bermasalah dan orang sekeliling kamu berusaha untuk menggembirakan kamu tetapi kamu tidak menghargai mereka. Kesian, tahu? We people have a limit. Yes I know. tetapi, jika orang-yang-berusaha-untuk-menggembirakan-kamu telah meminta maaf kerana bergurau tidak kena tempat dan masa tetapi kamu lebih selesa untuk buat bodoh, memang akan membuatkan orang-yang-berusaha-untuk-menggembirakan-kamu sakit hati dan kecil hati. Seperti keadaan aku sekarang.

Kamu perlu ingat. Bagi aku, aku berpegang pada rules; Friends with benefit. Aku sebagai seorang yang mempercayai ketulusan/kejujuran/kesetiaan dalam bersahabat akan berusaha untuk menyelami sama setiap permasalahan kawan-kawan aku. Aku sayang kawan-kawan aku. Dan aku akan berusaha gigih untuk cheer up my friends if they are having a hard time. Laugh is the best medicine, is it? It's fine if you won't share with your friends. Memang ada masalah yang boleh dikongsi sama, dan ada yang tidak boleh mungkin kerana melibatkan life privacy etc.

Tetapi, walau kamu tidak mahu berkongsi dan ingin menyelesaikannya sendiri, kamu tidak boleh mengambil pendekatan untuk-ambil-hati-dengan-gurauan yang sebelum ini kamu boleh terima dan tidak kisah menjadi satu gurauan-kasar-tahap-gaban. Tidak wajar dan kamu perlu muhasabah diri semula dan 'baca' balik rules in friendship. Kita semua sudah matang dan boleh menerima teguran seadanya. Jika kamu tidak selesa dengan gurauan rakan kamu yang mana ketika itu kamu sedang 'kusut', hanya perlu berusaha bercakap sedikit seperti

"Dude, I've problems now and please stop all those stupid jokes" atau

"Beb, I sekarang tengah 'kusut' dan I tak selesa dengan gurauan you tuh. Maybe next time?"

Dengan pendekatan sebegini, rakan-rakan kamu akan faham seterusnya berhenti dan akan memberi kamu masa untuk recover semula. Aku yakin pendekatan sebegini sangat efisyen daripada kamu memburukkan keadaan dengan bermasam muka atau 'boooh-layan' rakan-rakan kamu. Bull shit untuk orang-orang begini. Lazimnya, jika kamu sudah tegur untuk berhenti, manusia/rakan-rakan kamu akan berhenti. Mereka bukan anjing gembala yang yang bertindak mengikut arahan tuannya. Sekali cakap, sekali buat. Tetapi mereka manusia yang boleh berfikir; sekali ditegur, terus berhenti. Melainkan kamu memang bersahabat dengan 'anjing' selama ini?

Kamu faham apa yang ingin aku sampaikan? Bagus. Medal emas untuk kamu yang faham dan lombong Kampung Puah Seberang untuk kamu terjun bagi kamu yang tidak faham. Penat aku menaip panjang-panjang, diselang seli dengan lagu-lagu tangkap leleh Salem dan kening berkerut 'ketat' kerana sakit hati.

Maaf, aku emosi sedikit dan ini semua mungkin tindakan di bawah pengaruh alkohol. Eh, di bawah sedar.

Jadi, pandu cermat jiwa selamat. Ingati orang tersayang, tunggang dengan cermat dan pakai-lah 'topi keledar'.

Sekian. wabillah'hitaufik'wal'hidayah. Wasalamualaikum'warah'matullah'hiwa'baraka'toh.

8 ulasan:

schuhz m. berkata...

i tak berapa faham. lombong Kampung Puah Seberang tu apa?

JHaZKiTaRo berkata...

hahah.. best aa blog ko.. terhibur aku.. anyway, salam kenalan dari Dublin.. :) kalau rajin, singgah2 laa blog aku yg tak seberapa..

aifaarizwan berkata...

lawak pulak entry yang ni sebab i pon mcm tgah bengang dgn perkara yang sama.hehehe..hey,im wondering..emmmm...malu lah nak ckp :DD k laa..take care ;)

The Shoplifters berkata...

aifa was wondering u single lagi ke?

:P

betul ke aifa? hish shuzh ni malu je lah tak faham lombong tu ape. lombong tu ..................... ok lombong in english ape eh?

(fail)

kesian you sebagai rakan yang baik i percaya you did your best *pats back*

-ami

Barteria berkata...

yup,aku pun ada masalah dengan orang macam ni.tapi lagi kronik.masalahnya,dia ni kalau tengah kusut,dia suka marah2 orang,marah yang mengundang backslap.aku dah 2 kali kene tengking dengan dia out of the blues.dan aku tersangatlah meradang.haih.dan yang paling kerek,keesokan harinya dia akan act macam tiada apa yang berlaku.mungkin dia selesa begitu,tetapi aku tidak.dan aku mengambil keputusan untuk tidak menegur dia dah,walaupun aku terpaksa menatap muka dia dalam kelas aku lagi 3 semester.

MaGGoT World berkata...

bro,
i like this post!!

Ferdows D. Isaac berkata...

Shuz,
I pun tak dapat nak terangkan lebih jelas lagi
You Google boleh?
Itu mungkin 'perumpamaan' I:P

Jhazkitaro,
Terima kasih dan sudah singgah
Suka melihat gambar dan membaca pengalaman pelajar di rantauan:)

aifaarizwan,
apa yang you wonderingnya?
Tell me now!
haha

Ferdows D. Isaac berkata...

Ami,
Mungkin itu yang aifaa nak tanya tapi malu
hahahaha
Yes, I am single
Puas hati?:P
Terima kasih Ami
Sentiasa berusaha...

Barteria,
Betul!
Itu sangat tidak patut!
mana kata maaf daripada dia?
Elok direjam orang-orang macam ini
Aku SENTIASA tidak selesa orang yang sedang mempunyai masalah, tetapi mengheret sama orang lain ke dalam 'masalah' mereka atau menjadikan orang lain sebagai 'masalah' lain.
Lagi-lagi rakan-rakan sendiri

Maggot,
Thanks