Ahad, Ogos 03, 2008

Apa lagi yang ada di KL ni?

Setelah menghabiskan 3 kali weekdays dan 2 kali weekend di Melaka, aku kembali ke Kuala Lumpur.

Bosan.

Sama saja perasaan yang aku biasa alami jika di Melaka. Cuma bezanya di Melaka jika terlalu sunyi dan boleh kedengaran dengan jelas bunyi cengkerik; adalah tanda bahawa ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing dan itu petanda bahawa blok kolej aku tidak ramai pelajar. Minggu lepas, aku berseorangan di bilik. SERAM. aku ajak seorang rakan kelas untuk teman aku di bilik. Ya, aku penakut. Kau gila? Dengan floor level aku hanya tinggal 2-3 orang, dan semua adalah jenis 'terperap dalam bilik' memang harapanlah aku boleh 'bertahan lama'. Jadi, aku 'pancing' rakan sekelas aku dengan 'imbuhan' surfing internet. Aku kan ada celcom broadband. Suka hati dia-lah mahu tengok porno ke, social networking ke, janji aku ada teman di bilik dan aku boleh tidur dengan senang hati.

Berbalik kepada kisah kembali ke KL weekend ini. Aku tidak tahu mengapa aku rasa sunyi dan seolah-olah semua kawan-kawan aku sudah tiada di muka bumi ini. Dan, aku pulang ke KL ini pun membawa bersama 'penyakit'. Batuk selesema dan bengkak biru bernanah di bahu kiri. Aku tidak tahu binatang apa yang telah menyengat aku di kolej. Cibai. Sudahnya, aku berehat saja di rumah. Cuma malam semalam aku gagahkan diri untuk ke Shah Alam dan bertemu 'sepupu manis'. Pertemuan kali ke-3 untuk tahun 2008. Biasalah, masing-masing sudah ada komitmen dan jarang ada masa terluang untuk lepak bersama. Dia kata aku sudah gemuk, tapi aku rasa aku makin kurus. Tidak mengapalah, 'saham' aku masih tidak jatuh lagi. Lepak-lepak, borak-borak seperti zaman-zaman 'kegemilangan' kami yang rasa gah dan cool melepak di entrance KLCC atau duduk di foodcourt selepas balik tuisyen di Kasturi. Gila-lah, kelakar betul.

Hari ini aku 'melanguk' di rumah. Mahu menonton The Mummy, tiada siapa mahu teman. Mahu ke Bijou Bazaar dan singgah di booth Ami & rakan-rakan esok hari macam tidak sempat pula mahu pulang ke Melaka.

Sudahnya, 3 hari tanpa sebarang produktivi-lah di Kl ini.

Sudah Ogos rupanya. Jadi seperti biasa, Selamat Datang Ogos/August.
Sempena bulan kemerdekaan ini, sudah merdekakah kita semua?
Aku mahu cari dan baca semula puisi kemerdekaan kegemaran aku.
Ke Ruang Kartasis- Zaen Kasturi.

2 ulasan:

The Shoplifters berkata...

alaaaaaaaa, how dare you tak datang *nangis*

-ami

Ferdows D. Isaac berkata...

Ami,
mengada
heh