Ahad, Ogos 24, 2008

Trend terhangat sempena bulan kemerdekaan

Dengar cerita mengangkat sumpah di dalam masjid sudah menjadi satu trend hangat sekarang.

Tempoh hari si mangsa liwat. Baru ini pula si anu yang punya anak gadis comel. Eh, itu si anu lain. Si anu yang bawa Hummer H2. Tapi, dengar cerita juga sudah dijual Hummer-nya. Takut kantoi mungkin? Perlu diingat, masakan pokok bergoyang jika tiada anginnya.

Coming soon, trend baru ini akan menular pula kepada segenap lapisan masyarakat.

Selepas ini, kita buat pula lintas langsung/siaran ulangan jika perlu, dipenuhi wartawan luar negara, panggil Al-Jazeera, CNN semua untuk paparkan pula kepada masyarakat antarabangsa.

Seterusnya Malaysia mencatat rekod di dalam Guinness Book of Record; "Negara paling banyak mempunyai si pengangkat sumpah di dalam Masjid". Boleh kita semua berbangga. Ya tak? Ini, asyik-asyik nama Malaysia masuk sebab nasi lemak/keropok lekor terpanjanglah, festival makan durian paling ramai dihadirilah dan sewaktu dengannya. Wajib ada panjang, banyak dan lain-lain lagi. Kurang-kurang, kita catatlah pula satu bentuk rekod yang baru. Aku bangga. Kamu?

Serius aku tidak hairan.

*aku yang terdesak untuk melepaskan diri pun, selalu berani bermain dengan kata-kata sumpah wallahi, wabillahi, wata'allahi. Lazimnya, bala yang menimpa tak perasan. Tapi, sikit-sikit 'memakan diri'.

Anda bagaimana?

Tiada ulasan: