Ahad, Ogos 24, 2008

Tukar

Aku tahu dan sudah lama aku menanggung malu.
Ya lah. Mungkin ada yang singgah dan tahu, yang tajuk blog aku sebelum ini hampir dengan quote daripada buku yang sudah diharamkan (tidak salah aku) iaitu buku Wilayah Kutu.

Buku ini aku baca ketika masih lagi bersekolah. Sedangkan terpampang pada muka hadapannya, untuk pembaca matang sahaja; 27 tahun ke atas. Tapi, aku degil. Kita manusia ini, apa semua yang dilarang, itu yang kita suka buat. Aku selinap masuk ke dalam bilik kakak aku, pinjam@curi buku itu untuk beberapa hari dan baca sehingga khatam. Buntu. Budak sekolah, apa yang dapat dijangkakan pun? Selepas tamat sekolah, aku ulang baca sekali lagi buku itu dan barulah aku dapat jawapan kepada soalan-soalan dalam benak aku. Tapi, masih lagi kusut. Masih lagi kabur mesej-mesej yang penulis-penulisnya cuba sampaikan (ya, buku ini lebih daripada 5 orang penulisnya)

Jadi, semasa proses 'melahirkan' blog ini aku namakan ia "Suara anak muda dari lembah franjan" bersempena dengan quote kegemaran aku; himpunan suara anak-anak muda dari frinjan. Aku tukar frinjan kepada franjan dan tambah perkataan "Lembah". Konon artistik. Padahal, orang datang kepada aku dan tanya, apa itu franjan? Aku hanya mampu geleng dan jawab, "It's too complicated. Aku sendiri susah nak terangkan"(penipu besar)

Sekurang-kurangnya, aku mengaku dan tidak bacul untuk selamanya menyorokkan kebenaran.

Lama aku sudah merancang ingin menukar tajuknya sebelum blog ini dilabelkan 'ciplak' atau plagiat. Tapi, aku tidak ada idea dan masa.

Hari ini, aku berjaya. Mungkin untuk sementara waktu ini, biarlah bertajuk begitu. Hendak dijadikan cerita, sekarang pun aku seakan perlahan-lahan menjadi insan pesimis. Mudah putus harap dan hilang kepercayaan. Terhadap siapa aku tidak tahu. Jadi, terimalah seadanya ya. Jika ada idea menarik, jangan segan memberikan cadangan. Terima kasih diucapkan.

*tajuk sebelum ini memang idea 'tangkap-muat'. Tetapi, blog description-nya adalah daripada otak aku sendiri. Jangan salah faham.
Selamat tinggal bunyi semboyan, paluan gong dan senjata dihunus tinggi.

Berkecamuk.

8 ulasan:

Rozana Alia berkata...

Apa tu "berkecamuk"?

Ferdows D. Isaac berkata...

Roe,
"berkecamuk" lebih kurang macam apa yang you rasa sekarang. Masih lagi kah?hehe
Jiwa kacau, kusut, tertekan.
Bercampur baur.

:)

Ferdows D. Isaac berkata...

Ok I dah google untuk lebih tepat.

Kacau fikiran. Bergelora.

Rozana Alia berkata...

bengong lah you! and yes, that is how I feel right now. Pfft.

Anyway, how are youuuuuu

Ferdows D. Isaac berkata...

haha
jangan mara dah tak cantik nanti:P

I am fineeee
Baru sampai Melaka
Damn it, Itm xder letrik plak
heh

Rozana Alia berkata...

I marah lagi cantik ok hahaha. tp tulah, life's been a bitch to me lately. Argh! sangat tension tp I try to keep it cool. Padahal agak rabak a jiwa haha.

Woahhh. My friend selalu balik Melaka on Mondays. Pagi pagi buta pulak tu hahaha. Adoi, tak bestnya takde elektrikkkkk. Mesti panas nanti hahaha

Ferdows D. Isaac berkata...

seriously?
NAK TENGOK??
hahaha
Kita menghadapi the same situation
I tertekan gila
Cuti seminggu tak ke mana
I takut pendam-pendam, nanti lagi 'sakit' kan?
haih
*ruangan ini menjadi sesi luah perasaan plak. haha

Helooo
elektrik dah ada!:)
Nasib sempat before batt laptop kong

Rozana Alia berkata...

Nak tengok? Ok nanti I akan tunjuk ok? Hehe

Cuti seminggu you tak kemana kenapa! You should have just hung out with me man. Mesti sama sama macam orang emo hahahahaha. Emo with the hair thingy ahahahahaha

Tahu takpe, never ever pendam anything. Sebab tu terciptanya BLOG. Tempat luahkan perasaan. O yeah, and friends LIKE ME. Mari mari cerita kan apa yang terpendam didalam hati you. Mana tahu I can help ke apa ke? :)

Btw, tadi I jumpa mamat tu ok. Terserempak sebenarnya. Or maybe kawan I saje suruh dia datang. So the malu tapi dia macam .. comel je hahahahaha.

ps: aku ni sukahati je angau dekat sini.