Isnin, Ogos 25, 2008

Yahoo! Messenger

Bagi aku, YM sangat bermakna. Terima kasih kepada si pencipta YM.

Satu perkara yang aku perasan, semakin aku meningkat usia, semakin terhapus jurang antara aku dan adik-beradik yang lain.

Usually, people tend to do anything that they didn't do before through YM. Bila dah tak tengok muka orang itu (gambar lain cerita), tak dengar suara, kau akan menjadi tidak 'tahu malu' sedikit dan akan share anything you want. Bagi aku lah.

Sebentar tadi, kakak aku. Kakak yang pertama. Ini saja kakak yang begitu faham dengan aku dan sangat rapat. Lagi 2 orang, seorang umpama mak tiri dan seorang lagi mulut tak pandai jaga.

Melalui YM, kakak aku bercerita tentang masalah dia di rumah dan bayaran-bayaran di rumah yang perlu ditanggung. Dan, tanpa ada rasa awkward dia bertanya bagaimana keadaan aku dengan seorang rakan yang masih 'menghilang' sehingga sekarang dan aku tidak tahu mengapa aku bercerita dengan dia lebih details lagi. Bagi aku, that's so weird sebab selama ini, hanya teman-teman rapat yang lebih bersedia menjadi a very good listener.
Pertambahan usia kadang menguntungkan.

Moral of the story, aku tidak akan text kakak aku suruh bank in duit, selalu lagi. Rupanya, aku baru tahu selama ini, perbelanjaan dia untuk mmbayar insuran itu, rumah sana, astro sini mencecah seribu lebih sebulan. Kesian pula aku.

Aku mahu cari sugar mommy sekarang. Siapa ada 'lubang'/kabel?

heh.

Tiada ulasan: