Rabu, September 10, 2008

10 Ramadhan

Sedar tak sedar, sudah 10 hari berpuasa. Aku yakin hujung minggu ini Kamdar, Gulati's, Globe, Sogo dan kedai sekitar jalan Tunku Abdul Rahman akan mula dipenuhi mak cik-mak cik dan kakak-kakak pejabat. Sayy pun aku rasa antara orang-orang yang gemar ke sana.
Hahaha.

Lazimnya, tiba musim perayaan 'orang kita' memang akan boros berbelanja. Tukar langsir yang sebenarnya masih 80% elok, tukar set sofa dan apa segala perabot di dalam rumah itu selagi boleh, dan kalau kamu perasan, jualan kereta atau kadar penyewaan kereta mendapat permintaan ramai. Betul kan?
Ini semua sifat 'orang kita'. Seperti aku kata, terlalu mengikut KEHENDAK dan berniat untuk menunjuk-nunjuk sebenarnya.

Tamat musim perayaan, mula-lah 'bangla-jual-karpet-dan-bingkai-kalimah' mengetuk pintu rumah meminta hutang. Dan, pihak Courts Mammoth datang 'tarik balik' perabot yang tidak dibayar bulanannya.

Satu yang 'orang kita' tidak sedar. Bagi aku target market Courts Mammoth sebenarnya lebih fokus kepada bangsa Melayu.
Kerana mereka tahu yang 'orang kita' ini sanggup bersusah berhutang semata-mata untuk menunjuk. Jadi, beli secara ansuran-lah jalan terbaik.
Ada kamu lihat bangsa lain membeli barang di Courts Mammoth?

Renungkan. Jadi, jimat-jimat-lah berbelanja sempena musim perayaan yang akan datang nanti, ya?

---------------------

Hari ini, timbul penyesalan dan kesedaran yang amat sangat dalam diri aku.

Beberapa minggu lalu aku semak-samunkan kepala aku dengan pelbagai masalah hingga aku tolak tepi keutamaan aku iaitu keluarga. Tadi aku baru diberitahu dan diingatkan oleh kakak aku bahawa esok hari jadi mak.


SELAMAT HARI JADI YANG KE-56, Mak.
Adik sayang mak.
Semoga panjang umur.
Tanah di Banting jangan lupa tukar nama kepada nama adik ya?
hahaha.
(Kita orang Melayu memang pantang bab-bab harta pusaka ini)

Heh!

2 ulasan:

hafiz berkata...

hahaha courts mammoth adalah kompeni amerika! salam singgah!

Ferdows berkata...

Hafiz,
:)