Selasa, September 30, 2008

Aidilfiti kali ini penuh air mata (kerana banyak mengupas bawang untuk dimasak)

Asyik tergendala saja! Akhirnya aku berjaya mempunyai sedikit masa untuk menaip entri terakhir sebelum hari raya yang bakal tiba. Esok raya dowh!

Cepat betul rasa baru saja hari itu mula berpuasa. Sebenarnya sekarang aku sedang tolong ayah aku jaga ketupat yang sedang direbus. Aku 'curi tulang' sekejap. Semalam pun aku sibuk goreng kelapa parut sampai coklat, untuk dijadikan kerisik.
Aku anak mithali kan?

Kata-kata akhir daripada aku:
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 Hijrah kepada para pembaca semua, sama ada yang aku kenal atau tidak kenal. (Kejap, aku ada 'para pembaca' ke?). Di sini aku ingin memohon maaf atas keterlanjuran aku berbahasa dalam blog aku ini.
(Kamu ingat aku kisah ke? Ini blog aku. Suka aku-lah)

Jadi selepas raya ini, refresh dan set to default-lah segala apa yang kita semua lakukan dalam hidup. Buang yang keruh ambil yang jernih. Kepada yang pulang ke kampung halaman, hati-hati memandu. Make sure pergi balik lengkap segala anggota keluarga, dan juga anggota tubuh badan.

Aku seperti tahun-tahun yang lalu, raya di KL sahaja. Anak watan Kuala Lumpur-lah katakan. Cyewahhhh. Kampung pun dah tiada sesiapa. KL ok-lah. Ritual aku seperti biasa, malam raya pertama mungkin aku tengok wayang, kot? Seronok taw tengok wayang.

Ok. Itu saja. Aku kena sambung kerja aku.
Bye semua!
Enjoy your raya days!

4 ulasan:

ameirul azraie bin mustadza berkata...

Boleh tgk KAMI, hari ni kuar kat wayang.

Ferdows berkata...

ameirul,
thanks for the information
mmg NAK SANGAT tengok tadi
tapi tak sempat last show 11.45
so, tengok Eagle Eye je tadi!:)

kecik berkata...

adekah eagle eye best?oh shia..
btw,nice blog.salu jadi silent reader saje

Ferdows berkata...

kecik,
eagle eye mmg terbaik
senarai filem perlu tonton tahun ini;)