Jumaat, September 05, 2008

Gunakan wang peruntukan kerajaan sebaiknya



Bil elektrik percuma bai! Aku rasa kalau aku seludup masuk mesin basuh baju selepas ini pun boleh. Ingat, orang sudah beri 'kemudahan' pakai habis baik.

Lihat. Itu peti ais mini.
Peti ais itu berada di atas meja di sebelah laptop di dalam bilik aku.

Wah. Aku terasa seperti berada di mini bar rumah-rumah sekitar Taman TAR pula :D

Sempena ramadhan ini, peti ais mini memudahkan aku/kami menjalani ibadah puasa. Cewahh.
Boleh simpan susu, lauk-pauk dan sebagainya.
Sebenarnya, bukan aku/kami punya. Itu kawan perempuan aku/kami di kampus punya. Blok kolej kediamannya sudah electric shot malam semalam. Aku tak tahu bagaimana nak terangkan. Kira, elektrik over limit-lah. Jadi, peti ais mini miliknya telah dirampas RS (warden kolej). Rakan lelaki aku/kami yang lain telah menuntut semula barang rampasan ini dan ditumpangkan di bilik aku/kami kerana rakan perempuan aku tidak boleh lagi membawa masuk peti ais mini tersebut ke kolej kediamannya.

Terima kasih. Nanti habis puasa aku/kami pulang ya? :p
Rezeki jangan ditolak.

Lihat gambar kedua, itulah cara kami orang bujang berbuka puasa. Sangat ringkas.

Bukankah Islam menuntut umat-Nya bersederhana? Cewahhhh lagi sekali.

3 ulasan:

cempaka.ism berkata...

eh, mcm nampak pau kacang. semua-semua ni tapau nasik ayam ke? mcm sama je semua.

chuppy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ferdows berkata...

cempaka,
itu cakoi yang di potong pendek2 dan digoreng
sangat crunchy yaww:p
Nasi goreng ayam goreng berempah
buat masa ini, tuh je yang sedap kat bazar itm
heh