Rabu, September 24, 2008

Kamu patut menggelar aku, GENIUS!

Satu perkara yang aku kerap baca kebelakangan ini.
Kehadiran anynomous pada ruangan-ruangan entry para bloggers yang lain.
Haru-biru.
Lebih-lebih lagi hujah 'tidak bertempat' mereka dan lebih menampakkan mereka sebenarnya tidak habis bersekolah.

Beberapa hari yang lalu, aku ada memberi komen pada entri neem yang ini. Ruangan komen pula di sini.
Entah di mana diletak paras inteleknya, seorang pemberi komen hadir, yang bagi aku terlalu menafikan sejarah sahih. Akibat komen aku, si anynomous hadir pula pada ruangan komen entri aku yang ini.
Sekarang, aku sudah sedikit terpengaruh. Macam mana ni bai?

Kamu semua perlu tahu bangsa Melayu itu adalah bangsa beragama Islam paling maju di dunia.
Kamu perlu tahu yang agama Islam itu adalah agama spesifik untuk orang Arab sahaja, dan orang Arab itu kuno. Mereka masih memakai cawat dan tinggal di dalam gua. Ingat!
Kamu juga perlu tahu, yang Tuhan itu hanya memahami satu bahasa. BAHASA ARAB. Jadi, jika selama ini kamu berdoa dalam bahasa selain bahasa Arab, sah! doa kamu itu tidak diterima. Tuhan tidak faham lah.
Semua perkara di atas ini adalah fakta. Kita perlu terima. Dan, aku sudah rujuk dengan MPH dan Kinokuniya untuk buku berkaitan tentang 'Bangsa Melayu sebagai bangsa Termaju' dan 'Malaysia sebagai negara maju, bukan lagi negara membangun'. Ya, semua buku di atas ada terdapat di sana. Hujung minggu ini aku pastikan aku bawa pulang buku-buku tersebut.

Kepada sejarah melayu yang-anynomous-dan-akan-kekal-bacul, terima kasih atas semua fakta menarik anda!

7 ulasan:

MaGGoT World berkata...

Mungkin Sejarah Melayu lupa bahawa salah satu sifat Allah adalah Dia Maha Mengetahui.

Pherry Clucker berkata...

Kita boleh berdoa dalam apa bahasa sekalipun kerana Allah maha mengetahui. Doa kita akan diterima sekiranya kita benar-benar ikhlas berdoa dalam apa bahasa sekalipun kerana Allah itu maha penyayang dan maha pengampun.

Lafaz bacaan dalam solat sahaja yang perlu dibaca dalam bahasa arab. sesudah habis bersolat, doa boleh dilafazkan dalam bahasa melayu. malah ada hujah mengatakan untuk menambahkan khusyu' dalam bersolat, apabila mulut kita membaca contohnya Al Fatihah (of course dalam bahasa arab) hati kita boleh ikut membaca tafsirnya dalam bahasa melayu.

Wallahualam

dila raden berkata...

aku tag kau!

misshetrek berkata...

aku berdoa dalam bahasa melayu kira DIA xterima ke?

aiyo..
SM 'genius' xbertempat..
hate anonymus.

Ferdows berkata...

Maggot,
betul:)
chill bro
kita main reverse psycho je skrg
hehe

Pherry,
Terima kasih.
Betul, itu yang selama ini aku faham dan pegang

Ferdows berkata...

Dila,
will do!
hehe

misshetrek,
Terima. Baca komen yang kedua.
cuma, kita perlu yakin.
dalam apa benda smua kita kena YAKIN
Islam adalah agama yang fleksibel:)

NeEM™ of Suicide Park berkata...

Owh..baru jumpa entri ni.hehe.

u cheeky lad!