Ahad, September 14, 2008

Menipu dalam blog? Aku pun ada lakukan...

tapi, tidaklah seteruk blog....
Bila kau menulis blog, kau akan membawa pelbagai-bagai identiti diri baru. Ini pendapat aku.

Hmm. Seperti blog ini, bila kau baca kau menjadi geram, simpati, sakit hati, dan bagi aku si penulisnya membawa satu identiti gelap di sebalik dirinya. Perkara yang sama berlaku terhadap blog-blog lain. Ini juga apa yang aku rasa.

Sama juga seperti bila si penulis blog-blog lain claimed yang dia pun minum air cap harimau, dia juga 'pop', dia juga hisap bong dan semualah perkara yang dirasakan cool.
Perkara ini semua berlaku atas kehendak yang kita manusia ini tak mampu tahan. Kehendak kita untuk kononnya berdiri sama tinggi dengan manusia-manusia lain.
Memudahkan cerita, "apa orang itu boleh buat, aku juga boleh buat" Menipu pun aku sanggup.

Jadi, kita tak perlu mengambil serius setiap apa yang mereka tulis. Bagi aku, aku baca for fun. Untuk 'tenggelam dalam dunia' orang lain. Juga dalam masa yang sama menambah pengetahuan (jika blog itu berilmiah) Kita tidak boleh dengan mudah untuk menghakimi orang itu bagaimana. Jahat ke dia? Baik seperti malaikat ke dia?
Jalan mudah, jangan mudah percaya.

Bila aku fikirkan balik, si penulis blog yang aku mentioned pada perenggan kedua. Aku kenal dia, sudah lama. Kurang lebih 5-6 tahun? Tapi, tidak semestinya bertahun kenal orang itu kau tahu segalanya tentang dia. Betul tak? Kita manusia ini berubah. Cuma ke arah baik buruk kita tidak tahu. Seperti aku kata, "Awin, kau selalu bawa the other side of you in your blog. Bila kau mula menulis, perasaan orang yang membaca akan bercampur baur. Macam-macam perasaannya, seperti rojak" 
Tapi bila jumpa, biasa saja. kelakar sengal ubi je dia tuh.
Dia hanya mampu gelak. Dan, memang dia tidak akan berminat untuk bercerita secara lebih detail setiap apa yang ditulis. Aku pun tidak mahu bertanya. Aku sudah pandai membezakan.

Itu cara dia. 

Akhir kata, lazimnya orang-orang yang mempunyai blog, menulis blog, bila kau jumpa di luar sangat jauh berbeza dengan segala apa yang kau visualkan di dalam otak kau, mungkin tidak 100% tepat.

Jadi, don't judge people by their blog. 
hahaha.

f/n 1- Blog yang sudah kantoi kerana menipu dan letak gambar artis yang dia kata bekas kekasihnya, memang itu tahap kronik-lah. Kesian pembaca-pembaca dia yang bukan lagi 'tenggelam' tetapi sudah 'karam'. Aku pun sama. Hehe. Sila baca di blog Magenta.

f/n 2- Malam ini aku mahu hisap bong epal. Haaa. Kamu mahu terus percaya atau anggap ini hanya penipuan supaya aku nampak cool? Betul lah, aku mahu hisap bong buah epal. Menarik kan? :D

9 ulasan:

Enche' Kacak berkata...

kalau hidup memang cool. tapi dasar ada orang dengki. orang cop menipu gak. kan?

Ferdows berkata...

EK,
Hmm betul gak pendapat kau tuh.
weh, jom lepak one day?
hahaha

hafiz berkata...

hahaha mereka yang menipu itu kita hukumkan saja dipotong lidah di dalam neraka.

gadisjahat berkata...

weh setan. kenapa mesti ada link blog tu? nak kena ni

Ferdows berkata...

Hafiz,
itu semua kerja Tuhan
chewahh:P

Gadisjahat,
siapa setan?

sa berkata...

Blog- baca sekadar menghiasi kepala otak yang inginkan hiburan.

Ferdows berkata...

sa,
betul betul!
hehe

amilah berkata...

mungkin blog sebagai satu tempat kita mahu menunjukkan sisi lain dlm diri kita yang orang lain tak boleh nampak.

btw, aku minum air bancuhan mak. hahah

Ferdows berkata...

Amilah,
betul.
Itu yang aku cuba sampaikan

Air bancuhan mak?
U should try air cap harimau one day
hahahaha