Jumaat, September 05, 2008

padan muka dengan aku

Sedar tak sedar, hari ini sudah masuk puasa hari yang ke-5.
Begitu pantas masa berlalu.
So far so good. Tidak pernah tinggal lagi.
Satu yang aku pelik dengan diri aku, bagi aku berpuasa itu ibadah yang amat mudah/penting.
Ya lah aku mengaku, sembahyang lima waktu itu sedikit liat dan walau aku sedikit 'jahil', tapi aku berat untuk ponteng puasa tanpa apa sebab munasabah. Pelik ke?

Oh ya, harga rokok sudah naik. Pembentangan bajet yang begitu 'prihatin'.
Kami sayang Pak Lah! (tulisan pada topi yang dipakai perempuan cantik di Bukit Bintang, aku nampak 2 tahun lepas)
Naik-lah berapa banyak sen pun, jumlah perokok tetap akan tidak berubah dan bertambah.
Kerana, 'kita' semua tidak tegas. Katanya, akhir tahun ini kotak rokok akan mula dilekatkan dengan imej 'mengerikan'. Seperti keratan rentas otak/paru-paru perokok. Atau gigi perokok tegar(seperti di Singapura)
Jadi, kita tunggulah.

Aku kuat merokok puasa-puasa ini. Selepas berbuka, pastikan 4 batang sekali gus. Juga selepas sahur jumlah yang sama pastikan sebelum imsak. Mati muda aku nanti.
Aku mahu berhenti. Dahulu cuba, seminggu dapat tahan. Itu pun sakit-sakit badan akibatnya.
Bagaimana ya? Dan, aku takut badan 'naik' mendadak jika berhenti.
Susahlah...
Terapi nikotin pula mahal.

----------

:)

5 ulasan:

MaGGoT World berkata...

Bila bulan puasa..
aku merokok makin kuat..konon nya mau cover mase puasa la...hehe..

tapi aku da buat azam..bila harga rokok da mula mencecah RM 10....petanda suruh brenti sudah muncul..

terus terkubur hasrat untuk berbaik??...memang da x der harapan lagi ker?..

cempaka.ism berkata...

urgh, aku sepam pun belum sejak khamis lepas. aku rasa dah nak mati!

Ferdows berkata...

Cempaka,
kenapa mcm tuh sekali?
hahaha

missy siti berkata...

hahaha..nway bout rokok tu

bilangan batang rokok bkan penyebab kepada coronary heart disease or lung cancer

so..tak semestinya menghisap rokok akan mati muda sebab cancer or chd..

cuma meninggikan risiko untuk mendapat lung cancer

bkan wajib kalau merokok dapat lung cancer
hehehe=)

Ferdows berkata...

missy siti,
thanks for the information;)