Jumaat, September 12, 2008

Pencabulan Bahasa- Episod 1

                                         *Cemburu tak?

Sempena bulan ramadhan ini, jam biologi aku telah 'jauh lari'.
Semester ini, aku gelarkan semester bermalas-malasan.
Satu kelas satu hari kecuali Isnin dan Selasa. Dan tidak ada kelas yang bermula seawal 8.30 pagi.
Jadi, bermula selasa lepas aku telah mencipta rekod bersama kawan sebilik aku.
Tidur sikit-sikit. Selepas sahur 2 jam, selepas berbuka 2-3 jam, dan petang jika tiada kelas juga selama 2-3 jam.
Akibatnya, kami memang tidak boleh lelap selepas jam 12 malam. Mata kami akan 'terbuntang' sehingga tiba waktu sahur.

Lebih memburukkan keadaan. Dengan tidur yang tidak cukup, emosi yang masih belum sepenuhnya stabil, aku telah mula mencipta Kamus Dewan Bahasa Dan Celaka versi aku sendiri.
Malu aku. Perkara yang memang di luar jangkaan dan semuanya secara spontan. Rakan sebilik aku mula merekod setiap perkataan yang aku salah cakap dan purata kesalahan yang di kesan adalah sebanyak 20 patah perkataan, SEHARI.

Malam ini, aku senaraikan 6 Perkataan/Ayat Terbaik sepanjang minggu ini, bersama situasinya.

1. KUEK Batik- Sebenarnya aku ingin memesan KEK Batik.

2. MESTEXT- Aku telah menggabungkan mesej dengan text. Merujuk untuk menghantar SMS. Hebat kan aku?

3. COMPUAN- Aku mahu sebut comel perempuan itu. Hasilnya?
 
4. BOOBS Cut- Aku mahu menyebut gaya potongan rambut BOB cut, tetapi akibat membayangkan buah dada lantas tersalah sebut.

5. "Are you going back this HOME?"- Ini merupakan satu ayat penuh. Sepatutnya aku tanya "Are you going back this WEEK?" Tetapi aku telah membayangkan rumah pada masa yang sama. Dashyat kan?

6. ABRAHAH- Aku pandang pada Wawa, kemudian di kiri aku adalah Azah. Aku ingin panggil Azah, kemudian menyebut ABRAHAH. Kombinasi menarik bukan? Habis satu kelas 'bahan' aku selama seminggu.

Banyak lagi nanti aku senaraikan. Malu tahu, malu. Pengajarannya adalah aku perlu berfikir panjang sedikit sebelum mula berkata-kata.

Kamu sehebat aku tak?
Mari membanding-bandingkan dan sertai aku mencipta Kamus Dewan Bahasa dan Celaka.

10 ulasan:

MaGGoT World berkata...

Hahaha....

korang memang sker buat kamus Dewan dan Puaka..

Rozana Alia berkata...

Nak macam dalam gambar tu!

Ferdows berkata...

Maggot,
ingat tak malam masa kat castle tuh?
RUBAH? roboh+kubah
hahah

Roe,
boleh je
bila lagi?
hahaha

Rozana Alia berkata...

ehehehehe. Um, soon? :P

psychokiddo berkata...

haha kewl. i pon ade kamus i sniri last week. quite alot, tapi tak ingat dah. but anbreen ade satu.
debab. "ili gebab" (gemok+debab).
ngeh. neways, thanks for stoping by my blog.
yes, indeed. a very lil problem, tapi pon membesar macam ape je;
sal prempuan je, but the gurl is me.
pergh. ape punyer malu i tanggung. but thank you (=

awinroslin berkata...

gila inspirasional ayat2 u. tahniah!

Ferdows berkata...

Roe,
soon u tuh lama lagi la I nak tggu
hahaha:P

Ili, GEBAB! haha
oh. You are welcome
I dah dengar from Ad. Mmg I dah agak
huhu
Be strong bebeh!:)


Awinroslin,
Junior, behave
cyehh. Konon I senior kan:P

Rozana Alia berkata...

nanti I hantar kad once dah menjadi k? HAHAHAHAHA but you'll prolly receive a notification from Facebook HAHAHAHA

Ferdows berkata...

Roe,
Facebook saja kah?
Myspace tak mahu?
haha

ecocard casinos berkata...

Bravo, your idea it is magnificent