Selasa, September 02, 2008

Satu tahun yang lalu....

Aku masih sibuk mengejar duit. Selagi tidak jatuh sakit, kerja kerja dan kerja. Sebenarnya dengan alasan. Alasan yang mana aku tidak boleh terima teman-teman rapat yang merantau jauh untuk pendidikan. Tidaklah jauh mana, masih dalam Malaysia lagi.

Cuma, kamu tahu bagaimana perasaan begitu. Cemburu kerana peluang untuk diri sendiri masih belum kunjung tiba dan dengan masa depan yang sekejap terang dan sekejap malap kembali.

Jadi, aku abdikan diri aku dengan tugas-tugas di pejabat. Bulan puasa begini, setahun lalu, hanya Sabtu dan Ahad aku bersama keluarga untuk berbuka. Pejabat tempat aku bekerja memproses cek hingga lewat malam. Jadi, makanan untuk berbuka disediakan.
Hendak dijadikan cerita, raya ketiga aku sudah bekerja semula. Triple pay siapa nak bagi beb? Lagipun, mengambil jalan menyibukkan diri dengan bekerja saja yang buat aku tidak berfikir sangat tentang kecelaruan masa depan aku.

----------

Sekarang, aku kadang rasa seperti aku sedang bermimpi. Sudah menjejak kaki ke universiti dan sudah pun berada di semester yang kedua. Begitu cepat waktu berlalu.

Jika tidak ditakdirkan yang aku akan sambung belajar, mungkin ketika ini aku sudah punya sedikit wang simpanan, dan tinggal 2 tahun lagi sebelum aku mendirikan rumah tangga.

Ya, setahun lalu aku bercadang untuk berkahwin pada usia 21 tahun tanpa aku tahu yang rupanya gaji pokok RM1200 sebulan di Malaysia masih tergolong di dalam kelompok masyarakat miskin tegar.(masalahnya, planned saja mahu kahwin. Calonnya tiada. Harharharharun)

Kerja gila.

*aku baru perasan, yang bulan Ogos-Sept adalah antara bulan yang paling sukar buat aku. Tahun lalu celaru dengan kawan-kawan yang 'hilang' pergi belajar jauh-jauh, sekali lagi tahun ini berulang, tapi dalam cara dan sudut yang berlainan. Chett.

8 ulasan:

cempaka.ism berkata...

aku rasa bulan sept 2 tahun kebelakangan ini adalah sangat menyedihkan sebab birthday aku jatuh pada bulan posa!! uwaaa

good luck! pasti ada kejayaan disana. (;


p/s; kalau calon ada duit takde lagi susah.

iamthesectionofyourmagazine berkata...

hehe sometimes history tends to repeat itself but with a different story. :)

so far this year, august-september is going to/will be tough for me this year.

anyways, sebagai cliche, pendidikan itu mungkinlebih penting drpd wang.

ami___ berkata...

tiba2 i rasa kita banyak persamaan, kita berdua gigih bekerja kan!

cuma i baru je start begini bila terjebak dengan industri yang i minati.. minat pun penting rupanya, i baru sedar :)

Ferdows berkata...

Cempaka.ism,
Tak best ke jatuh di bulan puasa?
Buat la majlis sahur atau berbuka ramai2
tapi, tanpa red wine la ye?
hahahahah
Thanks. betul gak. Money is evertyhing or everything needs money?

Ferdows berkata...

iamthesectionofyourmagazine,
Betul tuh. Cuma, dengan sedar tak sedar je.
Bila muhasabah diri(eceyh) baru la perasan:P
cliche, cliche:P

Ami,
hahahah
Kejap, MANA U HILANG HAA?:P
Minat sangat penting la Ami.
kalau I, I takkan buat kalau I tak suka.
heh
Tapi, minat mungkin boleh ditimbulkan?

cempaka.ism berkata...

bukan sebab red wine duh. ni semua sebab meriahnya bday bila sambut tengahari. hahahahahahaha

malam-malam orang sebuk nak pergi tarawikh la.

MaGGoT World berkata...

Betul kata cempaka!!...

org yg dilahirkan bulan september mmg susah untuk celebrate birthday!!..evrytime birthday mesti puasa...haih..

Ferdows berkata...

Cempaka.ism,
hahahah
time tengah hari meriah ke?
tak lah!
mlm lah 'best'!
hahaha:P

Maggot,
Padan muka kaw!
hahaha
when will be ya' birthday btw?