Khamis, September 25, 2008

Tag! Bukan jam tangan Tag Heuer. 7, tentang aku.

Aku telah di-tag oleh Dila. (Aku yang minta sebenarnya, kerana aku teringin juga mahu buat)
Terima kasih Dila. Jadi, ini serba sedikit 7 fakta tentang diri aku.


1. Aku ada tahi lalat pada testis. Ok, ini satu fakta tentang diri sendiri juga kan? Aku consider ianya sebagai salah satu fakta. Hahaha.

2. Semasa tingkatan dua (2003), aku berjaya menyertai Sayembara Deklamasi Puisi Utusan/Exxon-Mobil sehingga ke peringkat akhir. Bangga aku masa itu. Daripada puluhan pasangan duet (lebih kurang 30++ pasangan duet) , kami antara 5 pasangan yang tersenarai sebagai finalis. Ya, baca sajak berduet. Cool apa? Selama sebulan kami berkampung setiap hujung minggu menghadiri bengkel dan sesi soal jawab sebelum bermulanya fasa-fasa pertandingan. Ah, rindunya. Hadiah utama ialah RM2000, tetapi aku hanya dapat RM400, hadiah saguhati. Cukup-lah sebab hingga ke peringkat akhir.

3. Aku sebenarnya lebih tertarik kepada perempuan berkulit hitam manis. Dan, muka ada iras-iras Latina atau pelakon Hollywood adalah satu bonus. Hmm..seperti siapa ya? Di kolej aku, ada 2 orang. Anak mami dari Pulau Pinang. Memang cantik orangnya walau berkulit hitam manis. Di dalam kelas aku pula ada lagi seorang. Tapi, alahai perangainya memang 'potong' habis. Dua-dua muka ada iras Bollywood sikit. Tak ke eksotik tuh?

4. Aku gila superbike. Aku tak tahu bila aku akan punya superbike sendiri. Setiap pagi Ahad, jika aku di rumah Ulu Yam, aku akan lepak awal-awal di tepi jalan masuk rumah aku. Sebab, pagi Ahad adalah Sesi Mengambil Selekoh Tajam oleh pemilik superbike
Jadualnya; Jam 7.30-8.30 ialah masa untuk kumpulan memandu kereta Ferarri. Memang orgasme habis lihat mereka lalu. Jam 8.30-9.30 pula untuk pemandu-pemandu Mini Cooper. 9.30-10.30 Baru superbike beratus-ratus buah beraksi. Bagi aku, bila lutut mencecah permukaan selekoh, itu memang 'seni' habis! (Jalan Ulu Yam memang  mencabar kerana jalan lama menuju Genting. Sila Google)

5. Nama aku ada huruf H. Aku pantang orang mengeja nama aku tanpa huruf H.

6. Setiap hari, aku akan pastikan aku dengar paling kurang 2-3 lagu John Legend. Secara jujur, telinga aku sukar menerima genre muzik lain. Ya, aku mungkin jarang mendengar indie, brit pop, metal dan semua yang sewaktunya. Kira, muzik yang kalau orang dengar sekarang, mereka mengikut arus semasa. Bagi aku, aku mencari lagu yang penuh soul, lirik yang 'makan dalam'. Ok-lah, mungkin lirik-lirik lagu John Legend banyak yang menyeru untuk make out. Ya? Setakat ini, hanya lagu-lagu band Dewa dan John Legend yang aku dengar habis. Kamu ada sebarang cadangan untuk lagu-lagu yang aku patut dengar?

7. Ini satu perkara yang aku boleh banggakan. Jika urusan soal kematian, aku sedikit 'berat'. 'Berat' di sini bermakna, aku rasa aku bertanggungjawab dan perlu menyertai proses-proses akhir jenazah diuruskan. Entah-lah, aku cukup marah dengan mereka yang tidak berani mengucup pipi jenazah atau melihat muka jenazah buat kali terakhir. Apa yang perlu kau takutkan? Nanti, sampai masa kau akan berada di tempat yang sama juga. Kaku, sejuk, tidak bernyawa lagi. Walau iman aku tidak sekukuh mana, aku rasa aku perlu.
Tahun lepas; Sekitar April aku pangku jenazah arwah Pak Lang aku semasa dia dimandikan. Aku tolong serba sedikit sewaktu proses mengkafankan jenazah. Bulan yang sama, bapa kawan aku meninggal akibat kemalangan superbike. Aku tunggu jenazah tiba pada malam hari, dan aku bersama seorang rakan lain menanti di sisi jenazah hingga pagi sebelum dikebumikan. Aku sedih, mengapa di saat-saat akhir arwah di dunia, saudara mara-nya lebih rela mengejar tidur dan sanggup dibiarkan jenazah ditinggalkan kaku berseorangan. Walau aku tidak ada sebarang ikatan dengan arwah, tapi aku rasa aku perlu. Seperti aku katakan tadi.
Sama juga seperti arwah datuk aku. Disember tahun lepas juga. Aku duduk bersila di sisi jenazah sehingga pagi. Hingga mak cik aku tegur, kesian melihat aku tersengguk-sengguk mengantuk bersandar pada tiang seri rumah. Aku sertai sewaktu proses mandi dan mengkafankan jenazah. Aku berkira mahu menyambut jenazah di dalam liang lahad, tapi kerana aku tidak larat, aku biarkan orang lain mengambil alih.
Ahh. Sedih pula kenang benda-benda lama ini.

Jadi, itu semua 7 fakta tentang aku. Banyak lagi sebenarnya. Tidak apa, aku tunggu orang lain tag aku. Aku mahu buat yang 15 fakta tentang aku pula! Haha.
Aku tag Shuz, Roe dan Awin!

1 ulasan:

Diloz berkata...

H?
sedap jugak kalau nama Harun orang panggil A'ron.

p/s:tag la aku.aku pon nak buat.