Selasa, September 16, 2008

Victoria's Secret/Rahsia Victoria




Kita tolak tepi pakaian dalam jenama Ah seng, Ah lok, Pat Hupp, Lai Thai, Triumph mahupun pakaian dalam yang dibeli secara 'lambak' semasa jualan Megastore di Sogo.
(eh, Lai Thai itu nama syarikat bas di Melaka tidak silap aku)
haha

Berapa ramai jejaka/lelaki di Malaysia yang mampu memenuhi impian mereka, untuk bersama teman wanita/isteri yang akan mengenakan pakaian dalam yang kinky berjenama La Senza? (ikut kemampuan masyarakat kita)

Tak ramai, tak ramai (sambil menggelengkan kepala)

Jadi, aku baru tamat sesi menonton Victoria's Secret Fashion Show. Bermula daripada tahun 2003 hingga 2007. Versi High Definition ok! Jangan cemburu.

Aku sendiri hairan bagaimana industri fashion show pakaian dalam yang wajib dihiasi perhiasan sayap dalam pelbagai bentuk dan rupa, rambut supermodel yang perlu panjang melepasi bahu dan berombak besar (atau beralun besar?), lantai runway yang dipenuhi gold dust, etc mampu menjana berbilion dollar.

Kita lihat daripada sudut yang positif. Cara kamera mengambil shoot, gimik terbang sana terbang sini, dan segala apa kerja di sebalik tabir yang dilakukan sebelum bermulanya fashion show itu tadi. Memang payah dan berbaloi 'hasilnya'.

Sebelum terlupa, aku menonton bukan sebagai 'bahan' ok. Cuba buang tanggapan negatif kamu semua.

It's a multi million dollar bra(s), baby!

Dan aku rasa seratus tahun lagi belum tentu aku mahu belikan bakal teman wanita/isteri aku lingerie V Sexy.
Baik aku beli saham atau menguasahakan projek ternakan lembu dan kambing Jamnapari/Boer.

Heh!

6 ulasan:

MaGGoT World berkata...

hahaha...La Senza menarik doh..
ngan flashing colors dier..

Ferdows berkata...

maggot,
syhh don't tell anyone
hahaha

sa berkata...

Mungkin membayar keselesaan?

schuhz m. berkata...

my bras are all from la senza. they make the best cotton ones. i rasa i pernah blog pasal ni. hahahaha.

gila cerita pasal bras.

afiq berkata...

eh..eh... mne dpt... 2003 -2004?
sye juz ader 05,06,07....
torrent eh?

Ferdows berkata...

Sa,
membayar keselesaan sama harga dengan rumah tepi bukit atau Lambo.
Patut kah?
hehe

Shuz,
Ya, U pernah blog about that one.
Cotton one tak seksi. I think the lace one is more sexier?
hohohoho

Afiq,
torrent bro, torrent