Selasa, September 23, 2008

You set your values, you determine your values

Itu nasihat daripada kakak aku yang aku pegang sekarang.
Satu perkara baru yang aku belajar, aku perlu berusaha untuk tidak menjadi beban orang lain dan tidak membebankan diri aku dengan permasalahan orang lain. Lagi-lagi mereka yang mempunyai masalah dengan diri sendiri.

Selepas masa-masa sukar yang aku hadapi, aku kini pulih dan kembali sepenuhnya. Persetankan mereka-mereka yang tidak menghargai kau dan biarkan si luncai terjun dengan labunya.

Usah ambil pusing lagi tentang mereka dan cukup sekadar tahu, dalam hidup ini pelbagai jenis manusia yang kau akan jumpa. 
Jalan terbaik adalah sepenuhnya bersedia dan selalu menjadi positif. Tolak tepi tajuk blog aku buat sementara. Kerana pesimis itu bukanlah satu sifat yang baik yang perlu hadir dalam diri kita, manusia. Betul?

Dan paling penting, Tuhan itu Maha Adil. Satu nikmat aku ditarik balik, tapi tanpa aku perasan lebih banyak nikmat lain yang aku terima daripada-Nya. Cuma, terlambat sedar sahaja. Maka, jangan salahkan Tuhan dalam apa segala yang terjadi pada diri kau. Aku masih percaya pada Tuhan. Kamu bagaimana?

----------------

Sebenarnya bulan puasa ini merupakan masa terbaik untuk aku 'manjakan' tekak aku dengan pelbagai jenis makanan dan cara masakan.
Sudah muak dengan makanan yang sama hari-hari, apa kata sekali sekala kau 'sumbat' tekak kau dengan makanan yang 'bukan-bukan'. Tak salah kan?

Sila klik gambar untuk membatalkan puasa anda pada siang hari; jika anda berpuasalah dan membaca entri ini di siang hari.

>:)

Tiada ulasan: