Rabu, Oktober 01, 2008

1 Syawal 1429 Hijrah

Maafkan aku. Aku tak dapat tahan diri aku untuk terus menulis. Hari ini 1 Oktober 2008 bersamaan 1 Syawal 1429 Hijrah. Aku tidak dapat lelapkan mata. Entah kenapa.
Begitu banyak perkara berlaku sepanjang 24 jam yang lalu.

Malam tadi (malam raya), aku jumpa si gila gelak, Roe, for the very first time. Minah ini, haih (mengeluh panjang) Gelak tanpa mempedulikan orang keliling. Memang happening. Hi Roe, it was nice to met you last night :)
Kemudian, aku menolong serba sedikit di gerai lemang kawan aku di Setiawangsa. Penat tapi seronok tengok kereta tidak putus-putus berhenti membeli lemang, walaupun hujan sebentar tadi. Aku baru beberapa jam sampai di rumah dan terus menghadap laptop.

Perasaan sekarang bercampur baur. Macam-macam. Daripada puluhan sms yang aku terima, banyak yang aku tidak kenal siapa mereka kerana aku hilang banyak nombor telefon kawan-kawan lama. Bila aku tanya siapa mereka, aku pula dimarahi kerana tidak save number mereka. Maaf-lah, bukan sengaja tak nak save.

Syahdu sungguh subuh-subuh raya begini. Dengan takbir raya yang mampu mengalirkan air mata dan bau kuah kacang, rendang segala-galanya yang sedang mak aku panaskan semula di dapur. Aku patut tidur sebentar. Nanti pagi mahu bangun mandi sunat Aidilfitri dan sembahyang raya. Selain hari ini hari raya, perkara yang menggembirakan aku ialah satu sms yang aku terima malam tadi. Alhamdulillah.

4 ulasan:

Rozana Alia berkata...

hahaha. mesti you pening kan dengar I gelak :P :P :P anyway, was nice hanging out with you. Karang I datang your house. Tak kira! :P :P :P

MaGGoT World berkata...

Roe...ur laugh will haunt us all...tp sgt fun hang out ngan u... FULL OF LAUGHTER!!...hahahaha

admin berkata...

KL tak kosong ke raya nih?

Ferdows berkata...

Roe,
pening tak pening jugak lah:P
But, a good friends is a friend who accept who their friends are
cewahhh:D

Maggot,
tahu tak apaaa!
hahah

admin,
agak kosong lah
jalan semua cantik je
tak der traffic jam!
but sekarang, orang KL ada trend baru
gerak balik kampung lepas sembahyang raya
itu yang aku perasan lah...