Khamis, Oktober 16, 2008

Bangsat mana yang tak reti nak bayar hutang aku tuh?

(*Tajuk dipetik daripada filem Anak Halal)

Aku sebenarnya sangat suka berkerja dalam suasana yang hectic. Huru hara. Tegang. Bukan penis yang sedang menegang. Bukan, bukan itu maksud aku. Suasana berkerja saat akhir, itu yang aku maksudkan. Ada sesetengah orang yang jenisnya suka bekerja pada saat awal, dan berehat dengan tenang menuju tarikh deadline. Tapi, aku sebaliknya.

Sebagai contoh, buat pertama kali dalam sejarah, aku 'berkampung' di dalam perpustakaan melebihi 7-8 jam bersama groupmates yang lain untuk menyiapkan research paper kami. Satu pencapaian yang aku boleh banggakan. Tanpa bergerak ke mana-mana, tidak fikir tentang perkara lain dan fokus, sangat fokus dengan kerja aku/kami. Itu lah keadaan yang aku suka rasakan. Tekanan menyiapkan kerja pada saat akhir, tapi SATU syarat yang perlu kita semua pegang. Jangan mula menuding jari antara satu sama lain akibat kelam kabut bekerja pada saat akhir. Salahkan diri sendiri.

Kamu tahu perasaan duduk berjam-jam lamanya di dalam perpustakaan, dengan masing-masing urat di dahi sudah terbonjol-bonjol keluar akibat tekanan, berlari-lari ke sana sini untuk print research papers atau perkara lain, makan dengan pantas dan macam-macam lagi.

Cuma yang menjadi masalah, selepas duduk 7-8 jam di dalam perpustakaan, bertungkus lumus menyiapkan kerja masing-masing, tiba masanya untuk menghantar research file, dengan senang-lenang di reject oleh lecturer. Apa perasaan kamu? Terduduk menyembah bumi aku sebentar. Bukan lecturer yang bermasalah, tetapi seorang rakan dalam kumpulan yang sama yang tidak menyiapkan individual assignment-nya.

Patut aku mencarut tak sekarang?

8 ulasan:

MaGGoT World berkata...

Betul tu...last minute work is always perfect..bg aku la..hahaha

Kalau aku la dlam tempat kau..aku report jer..biarlah dier nak memaki hamun aku atau nak panggil aku anjing..tapi bukan sekali dier buat hal begini..to hell with him!!

jac berkata...

patut.

::SNEAKERS::HIGH-HEELS:: berkata...

patut.patut.mmg patut...hahahahaha...sabar je lah klau ade kengkawan cm tu...haihsss...

Ferdows berkata...

Maggot,
betul! juga tak dilupakan, selalunya karya saat akhir terima markah lebih banyak daripada kerja yang poyo2 buat awal2.
hahahaha
(perkataan karya canoot go)
dude, nanti kita gossip!
that part is very sensitive
hahahaha

Jac, ;)

Sneakershighheels,
:D

Tanpa Nama berkata...

terlalu amat sangat patut.

fathiah zulkafli berkata...

group project slalu je ade prob when we have to deal with sleeping partner.tapi part buat keje last minute tu mmg lumrah kehidupan pelajar laaaa.bukti?now i'm procrastinating eventho i have tonnes of assgmts.hua!!!!

H berkata...

nie pasal aku, kan?
i did my work. i did extra.
that extra took up the time i set aside for my individual work, got sick before class, couldn't type to save my life so i ada mintak korang buang nama aku, hantar jer kan?
thanks, man. seriously.
my work was done on time. intro, summary, 5 out of the 6 literature reviews. 1/3 of that paper was my work in a group of 5 or 6 guys. the questionnaires pun, kau sendiri tau kan kenapa aku sorang jer tau jawapan some of the general knowledge questions.
i helped you with that part as well in return for you helping me with ctu, remember?
you can't come to me, you gotta post this online and let people i don't know or don't know me curse my name?
ok, man. now i know. judge me and invite others to judge me all you want tapi aku tak buat camtu kat engkau dan aku tetap takkan buat.
so please, judge me on that, too.

Ferdows berkata...

Hi psycho. Memories will remain memories. Aku dah tak nak ungkit benda lama. So, you go on with your life, and I'll do the same thing too.